Monday, September 19, 2011

~ Me as DM at Post Gala Concerto ~

Mimpikah aku??? TIDAKKK !! Ia adalah kenyataan> Aku menjadi Duty Manager (DM) semalam pada "Post Gala Concert (18/9/2011 - Ahad). Aku bersama2 rakan seperjuanganku sebagai Head Usher iaitu Ling TW dan Asmahan. Dan ada tambahan 6 sahaja usherer yang hadir. Ada lebih kurang 13 orang yang namanya di dalam ROTA tidak dapat menghadirkan diri atas alasan yang pelbagai. Aku hormatilah. Cuma agak sedih sebab kami amat kelamkabut kerana kekurangan manpower.

Afterall, aku berterima kasih kepada LALA kerana memberikan aku kepercayaan untuk mengendalikan konsert semalam. Pehhhh, agak gugup buat pertama kalinya. Ada satu rancangan suatu masa dahulu bertajuk "Hari ini Dalam Sejarah".

Untuk Season 2011/2012 aku secara rasminya nak dikutkan hanya dinaikkan pangkat sebagai Head Usher. Terima kasih dan alhamdulillah aku ucapkan. Terima kasih kerana memberikan aku peluang yang tidak pernah aku jangkakan selama ini. Bila sudah mula memegang jawatan sedeimikian, secara tidak langsung aku menjadi lebih bertanggungjawab dan peka atas tugasan ku yang telah ku terajui sebagai usherer lebih dari 4 tahun. Yelah dari sebelum aku berkahwin lagi. Ingat lagi waktu tu si Ezarisma mempelawa aku untuk menghadiri temuduga di DFP. Pada mulanya aku mmg endah tak endah. Sebab tak tau apa pekerjaan sebenarnya. Tapi lama kelamaan aku menjadi semakin komited. Semua slots yang orang let go aku berebut2 untuk mengambilnya. Bole jugak tambah pendapatan aku. Hehehe.

Masa Gala Concert pula, sehari sebelum on 17/9/2011 pada sebelah malam, aku masuk di Nobat Suite. Aku terpandang wajah bekas pemimpin negara yang amat tersohor dan amat aku kagumi, Tun Mahathir Mohamad. Kelu lidahku dan aku tidak tahu samada aku dibenarkan atau tidak untuk bergambar denganya. Namun sekali lagi peluangku untuk mengambil foto bersamanya tidak kesampaian. Sedih jugak. Huhu...Takpelah mungkin lain masa aku pasti dapat bergambar dengan beliau.