Tuesday, November 30, 2010

Still in d OFFICE !!!

Hi peeps !!..
I'm still in d office right now.. Keep on updating current directorships datas for my upcoming workshop next year.. My mind keep thinking of my 2 HEROES.. Honey & Honey. wait for Mummy ya.. Mummy miss boths of YOU but Mummy have to settle down my work as much as I can. It's quite urgent as my boss request it ASAP. Hope Qayyum & Aaron will understand Mummy's situation.

Daddy,
Are you at home now?.. Hope u can help me taking care of our kids at this moment..
I'll be back soon. Maybe after Isya'.

I'm HUNGRY!!!
Anyone can cook for me???.. wink wink wink.
Daddy, will u help me??

Okay. I want to continue my work.. Jz updating my blog..

~ Please FORGIVE ME ~

Dear My LOVELY kids,

Emmil QAYYUM & AARON Daniel

Maafkan Mummy sayang, seandainya Mummy kurang meluangkan masa untuk anak2 manja Mummy ni.

Mummy yakin anak Mummy AMAT MEMAHAMI, KUAT SEMANGAT, "INDEPENDENT", RAJIN dan CERDIK dan semoga MENJADI INSAN yang disayangi semua lapisan masyarakat dan BERJAYA di dunia dan di akhirat.

Apapun Mummy setiap masa setiap saat mendoakan semoga anak2 Mummy SIHAT, CERIA dan sentiasa DILINDUNGI oleh ALLAH dan para malaikatNya. Aminnn...

Mummy "DO LOVE YOU" till the end of my LIFE.

Monday, November 29, 2010

Monday Mood

Salam dan selamat pagi buat semua...

Aku pagi ni ngantuk sesangat.. Drive tadi pun terhuyung-hayang. Uissshhh .. dangerous.. too dangerous kannn.. Tu arr. Letih sesangat kan. Mmg arr, I don't have enough rest actually.

MOOD aku ok ajer pagi2 Isnin ni.. cuma aku rasa kurang tenaga.. maybe sbb selera mkn aku tak begitu baik. Mungkin sbb penat sgt. dan ditambah dengan byk perkara yang sedang bermain2 di dlm kotak fikiran ku waktu ni. huhu... Yola 7 days a week WORK all the time. It's very tiring..

Nak taw.. Malam tadi, aku dh bersiap2 nka tdokan anak2 aku.. Dh siap selimutkan pun.. Aku matikan lampu yang terang tuu.. then aku hidupkan lampu romantic. hehehe. so anak aku takde la silau . so senang sket aku nk tdokan. Aku mula risau bila anak sulungku, Qayyum asyik terbatuk2 aje. Sampai tahap aku rasa dh smpi ia menarik ke perutnya kot. Dapat rasa sakit tu bila dia terbatuk2 aje tak henti2. Takde ler aku kasi makan aper2.. Aku malam tadi balik dari ofis tiba umah lebih kurang jam 10 malam.. Lewat kan. Sian anak2 aku. Then aku teman ajak main2 dan sambil ON TV ..so we all sama2 tonton arr. Layankan 2 beradik tu.. Bila aku tgk diorg dh mula gosok2 mata. Tu yg aku bawa ke bilik. On aircond dan slowly dodoikan anak2.. Baca ayat2 dan kalimah ALLAH. Biar tenang jiwa diorg. TIba2.. kali ni aku dengar batuk Qayyum makin menjadi2.. Dia sedang minum susu waktu.. Aku tgk dia baling botol susu tu dan terus kuar muntah yang amatler byk.. Abis tilam aku.. cadar tu aku baru je basuh. Sian sungguh anakku tu. Tampak lemah. Aku terus je ON lampu terang tu. Dan lihat wow.. aku pun rasa nk muntah.. Tambah2 aku letih kan.. so aku mudah plak nk muntah bila tgk org muntah ni.

Aku suruh Qayyum stay di mana dia berada. Then aku slowly angkat dier dan bukakan baju dan seluar dier terus aku bw ke toilet dan bersihkan dirinya. Sementara tu aku angkat Aaron masuk ke bbycoat.. Mujurlah dia tak menangis masa tu. Mungkin dia taw aku sedang kelamkabut.. Thanks sbb memahami situasi Mummy yer AARON.. Muaaaah..  :-)

Then aku bw cadar ke toilet dan buangkan sisa2 muntah tu ke lubang saluran...Pastu aku bersihkan Qayyum sket terus aku tukarkan pakaian yang baru. Sian tul anak aku. Nampak lemah ajer lepas muntah. Then aku tak beri lagi susu.. Aku terus alas tilam aku dgn kain pelikat Daddy dan tepuk Qayyum smpi tdo. Aku pun alas conformter tempat aku tdo dan letakkan Aaron. Selesa kot Aaron tdo atas alas tu. Tak lama Aaron pun terlelap. Nampak lena.. Huhu.. Letih tul anak2 aku tu. THANKS ALLAH sebab beri kekuatan aku menguruskan anak2 waktu suami tiada di sisi waktu ni.

Oh ya. yesterday my elder brother tak jadi dtg KLCC sbb tak sempat. So maybe today kot jadi jumper dier di sini. Aku tunggu aje call darinya.

"wink wink.. dalam otak aku ni tengah serabut. !!!
SAYANG, pls help me, ya.. huhu..

Saturday, November 27, 2010

@ McD

Halluuu.. 

Petang tadi aku tergerak nak ke McD bawa Qayyum & Aaron jalan2. Sian plak tengok Qayyum macam bosan aje kat umah. Kelamkabut jugak sbb aku sorang2 uruskan diorg harini. Tapi aku gagahkan jua nak bawa mereka ke McD sendirian. So jam 5 aku bersiap panaskan enjin kereta dan prepare susu anak2 dan beg kecil utk standby pampers sekali.

Aku mendongak ke langit masa nk menutup pintu pagar rumah. Gelap semacam aje. Dok fikir macam nk ujan ajer. Tapi aku teruskan juga niat nak membawa Qayyum bermain di dalam McD tu. Sampai aje di persekitaran tempat parkir di McD tu, mujurlah dapat park betul2 depan pintu masuk McD.. Alhamdulillah. So jika ujan pun takde la jauh sangat aku nk ke kereta nanti.

Masuk aje aku terus cari tempat duduk. Dapat pula depan2 tempat Qayyum nak bermain. Then aku bukakan kasut dier akut erus ke kaunter nak beli air dan kentang goreng. Tentu lepas bermain dia lapar nanti. Mungkin staff McD tu prihatin dengan aku kot. Sorang2 dukung Aaron dan nampak Qayyum pula sedang lasak. So diorg pun bawakan makanan aku tu ke tempat yang telah aku chop awal2 tadi. Qayyum aku biarkan bermain di dalam tu. Seronok betul .. Kejap2 jengah aku yang sedang melayani Aaron sambil aku menikmati Roast Coffee McD.. Memang sedap aku jadi gian je.. Rasa tenang aje bila minum kopi tu. Lagi2 sedang ujan di luar sana. 








Sambil2 Qayyum bermain, aku tak habis2 snap gambar2 untuk aku abadikan di dlm blog ku ini serta dalam FB aku la. Seronok dan lega hati seorang Mummy bila melihat anak2 gembira kan. Harini dapatlah aku luangkan bersama mereka. Hari2 lain aku sering kerja. Terpaksa tinggalkan anak2 dengan babysitter. Nk buwat camne kan. Dah jadi tanggungjawab aku kan.

Aku melihat jam hampir jam 7 petang. Ish takleh jadi ni.. Aku tanya staff McD tu "dik, lebat lagi ujan ker ek di luar tu?".. Katanya "tak pun kak. gerimis sket2 jer. Akak nak saya tolong hantar ke kereta ker?".. Eh dalam hati aku ok gk. Yeke bole nk antar aku.. Maybe tgk aku manage 2 budak yang masih kecik sorang2 kot .. So aku pun terima tawaran budak tu.. Dia dan sorang lagi membawa 2 payung dan kami terus berjalan menuju ke kereta. Thanks yer utk adik berdua tadi. Lupa nak tanya nama mereka. Tapi aku terdengar salah sorang namanya Haikal. Lagi sorang tak taw. Anyway, jika adik berdua ada membaca blog akak ni.. "Special Thanks" yer sebab tolong akak tadi.. 

Sampai rumah aje. yelah kelamkabut sibuk nk balik kang sebelum mgrib tadi.. kasut Qayyum tertinggal di McD arrr. Aku terus inform Daddy. So aku mintak Daddy belikan la kasut baru utk Qayyum. For sure aku rasa dh takde arrr kasut Qayyum tu di sana ni..

So Qayyum.. ask Daddy to buy tawwwww?.. 

Happy Birthday ALONG

"Happy Birthday, Along"
yang ke 37..


Harini hari ulangtahun abang kandungku, Rozaidy bin Tukiran. Genap lah 37 tahun umurnya pada hari ni..Aku ucapkan semoga abangku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan dilindungi ALLAH selalu bersama famili yang tercinta. 

Actually seawal pagi tadi dah wish pun dalam FB 'Happy Birthday to ALONG".. Tapi aku taw dia tak sempat nk online dan baca pun. Now he's in KL. Ada MAHA 2010 yang berlangsung di Serdang, SELANGOR. Dia bertugas buka booth di 094 di sana. Aku ni tak sempat arr nk g jenguk dia.

Juz now he called me. Maybe aku dapat jumper dia esok. Ada good perfume can use even in solat. Sounds good kan. SO leh ler aku promote kat kengkawan aku jika diorg interested untuk memiliki satu set minyak wangi yang telah mendapat pengiktirafan HALAL PRODUCT.

Chaiyokk Along. Uji doakan yang terbaik untuk semua. See u tomorrow morning in KLCC before duty at DFP. 

Blurrrrr

Hi readers !!!

Aku terbangun pulak awal2 camni. Aku terlelap jam 12 tgh mlm tadi masa nak tidokan Aaron tadi. Penat sangat sebab tadi abis kerja tiba rumah pun dekat jam 10 malam. Aku kelaparan. So hubby aku tolong arr panaskan lauk dan nasi. Setakat nak makan roti ajer, hmmm aku takleh arr. Tenaga banyak kuar so for me aku mmg takleh nk jamah roti jerrr.. NI haaa pagi2 aku tersentak gak bangun ni. Dah alang2 bangun aku dok buatkan susu anak aku sekali arrr. Then aku teringat nk log in to my blog ler jap nih. Korang tanya nk wat aper??? Nak update korang arrr.. Hehehe :-D.. huhu.. 

Actually aku ni penat sesangat. Banyak kerja di ofis dan terpaksa drive jauh nak balik tadi. Mujur kaki aku tak kejang masa drive tadi. Yela. Dari KLCC ujan lebat tapi aku redah ajer. Nak cepat balik. Sian pada anak2 aku tu haa. Dh ler pagi2 hantar ke babysitter tido tak nak arr bila balik pun tdo gk. Huhu. Sian kannnn.. Esok pagi ni suppose aku perlu datang ke ofis untuk settlekan some of my works, but my babysitter cannot take care of my boys coz she has his own plan with her family tomorrow. Never mind arrr. So due to that, I had to let go my usher's slot tomorrow night. and I'm also not be able to go to the office too.

MAHA 2010 will be held at Serdang. My elder brother has called me several times today to inform me that he was there until early December 2010. I'm not so sure whether i can meet him or not. Interested to go there but I'm thinking how i want to go there with my kids alone. My hubby cannot join me as well. So i think i have to stay at home only this weekend. Maybe on Sunday I can settle down my work in the office. Hopefully my babysitter will be able to look after my kids as she promised to me this evening.

OKAY la. I want to continue to take a long nap. HAHAHA!!! Tidur laaaa. 

Will update u guys, later.. 

Friday, November 26, 2010

Song of The Day - TORN

Artist : NATALIE IMBRUGLIA

Natalie Imbruglia's Tears Over
I thought I saw a man brought to life
He was warm, he came around like he was dignified
He showed me what it was to cry
Well you couldnt be that man I adored
You dont seem to know, dont seem to care what your heart is for
But I dont know him anymore
Theres nothing where he used to
lie
My conversation has run dry
Thats whats going on, nothings fine Im torn
Im all out of faith, this is how I feel
Im
cold and I am shamed lying naked on the floor
Illusion never changed into something real
Im wide awake and I can see the perfect sky is torn
Youre a little late, Im already torn
So I guess the fortune tellers right
Should have seen just what was there and not some
holy light
To crawl beneath my veins and now
I dont care, I have no luck, I dont miss it all that much
Theres just so many things that I cant touch, Im torn
Im all out of faith, this is how I feel
Im cold and I am shamed lying naked on the floor
Illusion never changed into something real
Im wide awake and I can see the perfect sky is torn
Youre a little late, Im already torn. torn.
Theres nothing where he used to lie
My inspiration has run dry
Thats whats going on, nothings right, Im torn
Im all out of faith, this is how I feel
Im cold and I am shamed lying naked on the floor
Illusion never changed into something real
Im wide awake and I can see the perfect sky is torn
Im all out of faith, this is how I feel
Im cold and Im ashamed bound and broken on the floor
Youre a little late, Im already torn

Thursday, November 25, 2010

New Tasks for ME

Mood : HAPPY

Hari ni aku drive ke ofis lagi. Lum gaji arrr.. Actually this few months, aku stress ler gak ler sebab since aku accident tempohari banyak wang diperlukan arrr. Selain tu ada ler lain2 hal yang perlu aku selesaikan. But still i have to keep on track my debts more seriously after this.

Before this aku TAK PERNAH sekalpun ada tunggakan in anything. Maybe ini dugaan aku pada ketika ni.. Orang kata waktu kita ada anak2 yang masih kecil ni, mmg perlukan banyak wang. Banyak belanja. Yelah dari segi susu, pampers, standby wang jika anak2 sakit ker. Semua perlukan wang kan. Emergency kan..Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang dan mungkin Dia hendak menduga aku dan melihat sejauh mana ketabahan aku menghadapinya. Terima Kasih ALLAH. Aku tak pasti, ada kata2 orang atau hadis mungkin (aku tak pasti yer) menyatakan bahawa "Allah tidak akan memberi kesusahan dan dugaan pada kamu selain kamu mampu menghadapinya". Allah lebih tahu akan kelebihan dan kekuatan makhluk ciptaanNya. Dan ALLAH sayangkan kita la jika Dia masih memberikan cabaran, dugaan dan kesusahan ni. Ini juga dapat mengaktifkan otak kita ni agar cuba berfikir dan terus berfikir dan berusaha mencari jalan akan cara untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi itu. Kita menjadi lebih bijak dan bertambah2lah pengalaman hidup kita di dunia ini.


Oh ya.. Aku happy taw.. Pagi2 ni aku dipanggil oleh my new boss of my unit ni. Pertama kali aku diberikan tanggungjawab dan tugas yang memang aku nanti2kan. Aku suka untuk manage or handling tugas seperti workshop or event. Last few years, department aku memang tiap tahun handle workshop for Director's Training for the whole group of my BIG company. I'm very proud to be part of this team. And I'm willing to do this job actually. Before this pun aku ada involve but not in total arr. hanya tempel2 ajer. SURPRISE sangat yang my new boss ni, new secretary of PETRONAS Group (Puan Hazleena Hamzah a.k.a Hazee) aware yang aku memang minat dalam perkara2 camni.
Special Thanks to Ms Hazee
for giving me a space and this big opportunity.

Dia tahu aku pasti bosan dengan kerja rutin yang sama ajer tiap hari. Dah bertahun2 kan. Aku tak kisah la. Dh namanya kerja kan.. selama ni pun aku lakukannya dengan hati yang amat terbuka dan niat aku ialah  mencari rezeki untuk anak2ku dan untuk menampung kehidupan seharian ku ini. Sebab tu untuk mengatasi aku  berdepan dengan tugas2 yang sama aje, aku involve dalam aktiviti luar dengan Kelab Sukan dan Rekreasi PETRONAS (KSRP). Hehe with this club aku dapatlah terjemahkan minat aku sepenuhnya. Sukan dan rekreasi matters kan. i loikeeeee..

Wednesday, November 24, 2010

~ Money Money Money ~

MONEY = WANG = SEN = DUIT = KOS = PULUS

It's all the SAME




Zaman sekarang ni semua benda dan perkara perlukan WANG. Bukan nak citer pasal KEHENDAK seseorang ke aper, but even KEPERLUAN seseorang pun masih tak mampu mengatasi WANG yang diperolehi walau sekuat mana kerja. Siapa kata CINTA tak perlukan WANG.. Huh.. Zaman bercinta lum ada anak leh ler ulit2 mimpi cakap "tak makan pun takpe, tapi hanya perlukan CINTA aje".. Abis tu nnt dh kawen ada anak bini, nk kasi anak bini makan aper kannnn.. So budak2 muda tu jadikanlah pengajaran perkara2 mcm ni. "Sediakan payung sebelum  hujan.. siapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan perkara tak terjangka .. Buat simpanan sewaktu muda. Even tak kawen sekalipun, kerana beringat2 sebelum kita ditimpa masalah.

Namun aku percaya jika kita bersyukur ke hadrat ILAHI dengan nikmat dan pemberian @ rezeki dari ALLAH dengan hati yang terbuka dan tenang, aku yakin kita semua mampu mengatasi masalah kewangan dalam hidup. Tidak meninggalkan SOLAT, berbuat baik kepada sesama manusia serta amalkan sifat2 yang terpuji. Whatever it is, kita perlu bersederhana dalam kehidupan dan mengamalkan amalan bersedekah (tapi perlu ikhlas = tak usah nk citer2 kat org laa.. nnt tak ikhlas pulak) senantiasa. Walau sedikit jumlah wang atau tenaga yang kita sumbangkan, namun sekiranya ia memberikan makna yang besar kepada seseorang yang kita sumbangkan, BERMAKNA kita telah berjaya menjalankan amalan sedekah tu. Kerana apa jua yang telah kita sumbangkan, telah memberi manfaat kepada seseorang tu dan sekaligus merubah kehidupan seseorang. Tapi janganlah kita BONGKAK dan MENUNJUK2 kebaikan kita untuk minta DIPUJI pula. Allah tak suka.

Namun tak semua orang dapat mengatasi masalah berkaitan kewangan dengan baik. Pelbagai macam dugaan dan cabaran yang timbul apabila kita bertembung dengan masalah berkaitan WANG. Wang tu padahal hanya SEKEPING KERTAS aje tapi ia telah diberikan NILAI oleh manusia untuk permudahkan urusan pembelian/pertukaran ke atas sesuatu. Orang2 yang terdahulu dari kita semua, telah mengamalkan sistem barter (dok tukar2 barang tu) sebelum WANG diperkenalkan. Sistem barter ni berfungsi apabila ianya dapat memenuhi kehendak antara pihak yang membuat pertukaran, dah kira ok la. Now dah lain. hampir setiap negara pun telah mempunyai nilai matawang tersendiri. Ringgit, Dollar AS, Dollar Singapore, Pound Sterling, Bath, Rupiah, Rupee dan lain2 lagi. Ia tampak lebih mudah dan bole kita buat perbandingan dengan kiraan. Ia nya lebih tepat laa sebab dalam bentuk unit dan nombor.

Aku klu citer pasal WANG ni sedey ler sangat. Banyak benda yang aku TERPAKSA berdepan semuanya tentang WANG. Seumur hidup aku, aku tak pernah sesusah ini. Ya ALLAH bantulah aku dalam keadaan yang amat rumit ini. Aku amat bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja demi mencari wang untuk anak2ku.

Qayyum & Aaron, doakan Mummy sihat yer. Mummy rindu sangat2 dengan anak2 Mummy. Mummy tak dapat sembang lama2 dan bergurau senda dengan anak2 Mummy malam tadi. Mummy dalam keadaan sedih arrr. Harap anak2 Mummy faham dan beri sokongan pada Mummy.

Lots of LOVE

Sunday, November 21, 2010

Trip to PETROSAINS @ KLCC

Aku lewat bangun harini. Tapi aku dh plan bawa mak, abah, Qayyum, Kak Ngah dan 3 org anak2nya, Erfan, Aiman & Idham ke PETROSAINS @ KLCC. Actually aku duty usher today about 1.30pm I have to report duty arrr..

My plan has to be changed due to our time delay. Aku terlalu letih sangat malam tadi sebab ada kenduri doa selamat. Jam 9 lebih aku dikejutkan dan aku terus siapkan Qayyum dahulu. Then aku  mandi serta siapkan pakaian kerja aku nnt. Daddy n Aaron tak join. We all bergerak dari rumah lebih kurang jam 10.30 pagi. Agak lewat dari waktu yang aku rancangkan. Then tiba di Stesen Komuter Nilai, terus aku arrangekan pembelian tiket ke Stesen KL Sentral pulak. Kami tunggu ada la dalam less than half an hour la. Naik je seronok arr. ke hulu hilir. Masuk2 je dlm koc wanita. Abah dok tersorok di hujung dlm koc tu. Sian abah letih sian kena jaga Qayyum. Anak bujang aku tu mmg lasak. So kena byk kudrat digunakan untuk mengawal dier. Lagi2 nak bawak ke big town ni.

Then setibanya di KL Sentral, kami gerak ke stesen LRT Putra pula. Setelah siap aku beli tiket utk semua, kami gerak menaiki escalator ke atas. Kami dapat tren 4 koc. So agak selesa arr. Tak perlu bersesak2 kan. Sampai je KLCC dh nearly 1 o'clock. Aku mmg ler tak sempat nk join ke PETROSAINS sbb aku kena masuk report duty jam 1.30 pm.

Aku terus bw mereka naik escalator naik terus ke PETROSAINS dan settlekan kemasukan ke dalam tu. Aku terus jumper Abg Mie (collegue usher gk) yang on duty jaga counter PETROSAINS harini. Dh siap tiket semua, aku terpaksa tinggalkan diorg sbb nk rushing ke DFP.

Ni aku upload sket gambar2 diorg sekitar perjalanan ke PETROSAINS @ KLCC.

Kak Ngah, Zila, Adik n Me while waiting the KOMUTER to KL Sentral

Mak, Abah, Qayyum, Hakimi, Erfan n Aiman.

Atuk and the grandchildrens (inside the KOMUTER)

Qayyum and his nephews

Hakimi takut DINASOUR nk makan dier..

3 heroes of Kak Ngah

Mum & Dad (background Dinasour)

"Loving Couple"

After jam 5 (selesai aku bertugas di DFP) aku terus ke PETROSAINS. Aku jenguk jap ke Mickey Mouse at Disney Clubhouse programme from ASTRO Life. Aku nk kejar topi Mickey tu tapi dh abis arr. Lagipun harini hari terakhir. Takpela. Aku dpt batch Mickey. Okay ler tuuuu..

Pastu aku jumper mak, abah dan lain2. Qayyum bila nampak aku terus nk dukung. Aku dukung arr. Sian.. Letih nampaknya. Aku pula kelaparan tak makan lagi. Terus ke RASA. Aku order Nasi Goreng Ladna. Lain2 minum aje sbb diorg sume dh mkn. Siap je mkn kami terus beredar pulang. Tiba rumah seawal jam 8 malam. Semua dah letih. Masing2 layan jer. Minum air panas dan cicah RotiBoy.. Hehehehe...

p/s : Daddy, TQ sbb kemaskan rumah. Really appreciate it. Cantik dan kemas. :-D

Harap2 mereka sume seronok berjalan2 di sini. Tu je yang mampu aku lakukan...Lain kali aku ajak lagi ke tempat2 menarik di sini..

Saturday, November 20, 2010

Majlis Kesyukuran & Doa Selamat

Aku baru je dapat meluangkan masa sekejap ni untuk ku rencanakan di dlm blogku ni.. Syukur ALHAMDULILLAH. Kenduri doa selamat yang aku hajat2kan telah selamat berlangsung pada 20hb November 2010 (lepas isyak hari Sabtu malam) di kediaman ku.

Aku buat secara ala kadar sahaja. Dengan menu yang agak simple yang aku rancangkan namun ditambah pula dengan cadangan mak untuk tambahan menu lain. Aku ikut ajer. Abah kata, jangan risaukan pasal menu. Yang penting orang yang bakal hadir yang akan sama2 mendoakan kesejahteraan aku dan familiku serta perjalanan hidup kami seterusnya.


Sekitar majlis kesyukuran tadi...








Ok la. aku nak stop dulu. Mata dh ngantuk. Lalok dah. heheh. Esok ada lagi plan yang bakal aku teruskan untuk membawa mak, abah serta adik beradikku serta anak2 buah ke KLCC pula. 

Nak tdoooo arrr!!!!. Okay guys, Selamat Malam..

Friday, November 19, 2010

~ Photos ~

Jalan-jalan ke Seremban Parade naik..
~ KTM KOMUTER ~


Ni ler foto2 terbaekk kami. banyak lagi sebenornyer. tapi ckup2 aje ler eh.. buat tatapan rakan pembaca di blog ini.

Qayyum leka bermain. Pantang klu jumper mesin mainan ni..
Standby aje ler duit syiling 50sen X 1.

My kids n me

Me again with kids..  huhu

Sedang menanti KTM Komuter sampai dari arah Kuala Lumpur - Seremban.

Qayyum leka tengok filem animasi kat luar kedai video.

Daddy, Qayyum & Aaron.

Mummy & Aaron.

A VERY SHOCKING MOMENT !!!

Friday come again.

Oh ya, today I'll be picking up my family at Seremban Train Station. Now, i'm thinking the best way to fetch them from there. They will be taking the earliest train from JB this morning. Maybe now they're in the train already.

I'm really happy waiting them coming down to my house. As you know my frens, I'm the only child of Mr Tukiran & Mrs Siti Rubiah, who staying far away from them since my secondary school. Me (as their child) had promised to myself, that I want to be an independent person in my life. And until now, I'm quite happy with what I've done before eventhough i'm facing 1001 problems @ difficulties in my life journey. Whatever came to me, happy or sad moment, I'm still and very proud of mysef. I love to be myself forever.ONLY that I wanted to say. huhu..


A SAD STORY TO SHARE...

Yesterday night, me and hubby and with my 2 kids went to Giant hypermarket nearby. He frightened me when my elder kid (Qayyum) was missing in there. I think you guys can feel what I felt at that moment. WORRY, SAD, MAD with HUBBY, feel like CRAZY and so many feelings surrounding me. My hubby ran there and there searching for Qayyum. I"M SPEECHLESS & SHOCKED!!!. I also saw in his face (hubby) how much he felt sorry to me while not taking good care of my elder child.

I was keep asking the guards and everyone around there if they had seen Qayyum (wearing orange shirts & short) a few minutes ago. No one seen him. OMG. Searching and Searching. About 15 minutes later, one of Giant's staff actually followed my boy till my boy stopped at the car exhibition inside the Giant. He said seems like Qayyum must be the missing boy that I had reported to some of the guards. He came to bring Qayyum to me. Ya ALLAH, Alhamdulillah, Thanks GOD, he had stopped my broken feeling and bad imaginations in my mind that time. Then I ran quickly to get and hug my son, Qayyum closely while i'm holding a stroller which Aaron (my second child) was in there.  Syukur Alhamdulillah. I don't know what to say if he lost forever like some of the kids that untill now they're not found yet.

After that, I screamed to my  hubby that I had found Qayyum. My hubby cried and felt so sorry. He hugged my boy and never let him go anymore. I also had reminded him not to let Qayyum stay far away from him again. He must be full responsible to him all the time. He kissed & hugged me and say sorry to me. "Yang, abang betul2 mintak maaf. Jika anak kita HILANG, abang bole giler". So do I if it's happened. Nearly 9 months 9 days I'm carrying my kids in my stomach, and I never want to lose them in my life. I love them so much from the bottom of my heart. They're everything to me.

They COLOURS MY WORLD !!!

Ya ALLAH, please help me and my family, and always be with us forever. Aminnnn

Stopppppp !!! I need a break guys. Have lots of thing to do now. BYE

Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha 2010

Selamat Menyambut
Hari Raya Aidil Adha 2010


Aku baru je selesai bersama jiran-jiran di kawasan perumahan aku bergotong-royong melapah daging lembu. Ada 3 ekor lembu ditumbangkan untuk upacara KORBAN kali ini.

Pagi ni aku bangun awal. Macam nak g kerja aje. Tapi lepas uruskan anak2 dan bersihkan diri aku tido balik. Letih .. Harini kan cuti.. sempena Raya Korban.. My hubby dan Qayyum dah g dulu. Sempat dua beranak tu menyaksikan orang sembelih lembu-lembu tu. Mesti pengalaman yang paling bermakna buat Qayyum. Perkara baru bagi dirinya.. (pelajaran tu Qayyum tau!!!)

Setelah aku siap mandi dan buat kerja umah sket, aku pun keluar bersama Aaron pula. Keluarkan stroller dari kete dan masukkan Aaron dalam tu. Aku pun sorong ler sampai ke tempat gotong-royong.. Aku dah standby gunting khas untuk menggunting2 daging. Bila tengok Aaron dah senyap. aku pun mula bersila dan mulakan kerja untuk melapah dan menggunting daging2 kepada bentuk yang lebih kecil. Ada sebahagian dibiarkan dalam bahagian yang lebih besar untuk diagih2kan utk orang ramai. (korban kan - bersedekah)..Seronoknya. Dulu-dulu aku selalu buat aktiviti ni kat kampung. Ikut mak abah aku kan. Rewang-rewang di kampung Teringat masa tu aku baru je belasan tahun..


Yang kelakarnya tadi ada ler 3-4 orang perempuan yang sama-sama buat kerja sama dengan aku tadi duk tanya aku. Tinggal mana? Kerja mana?.. last sekali tanya umur aku berapa.. diorg semua duk ckp umur auk 26 tahun.. KELAKAR tak? Hubby aku jeles tahap gaban dengan aku bila aku citer tadi padanya.. HAHA. Jangan ler marah Yang. Dah memang ayang nampak lebih muda. Sorry to say arr kan. Alhamdulillah ALLAH kurniakan kecantikan dalam dan luar pada aku. Amin Alhamdulillah.. (tu kata-kata perasan eh!!).. apa2 je laa LAYANNNNN.. Huhu.

Hidup ni mestilah happy. Berdoa . berusaha dan bertawakkal dengan segala tindak tanduk kita.. Yang penting kita buat denga ikhlas. Janganlah duk sibuk canang kebaikan kepada semua org. Cukuplah ALLAH saja yang tahu kan. Aku pun bukan sempurna sangat .. Namun aku cuba dan berusaha agar aku tidak dipandang serong dan dibenci orang. Kalau ada sesetengah orang yang tak sukakan aku. tnetukan mereka tak puashati dengan apa yang telah aku buat kebaikan. Aku tak kisah. Yang penting ALLAH tahu. Segaka kebaikan kita, apa jer laa.. baik didiamkan.. Orang kata "berdiam diri lebih baik dari berkata-kata". Sebab jika banyak cakap kang tak baik pula. Silap2 gaduh. huhu.. Mintak dijauhkan ler kan..


Yang penting aku happy menjadi diri aku sendiri. Tidak hipokrit dan Bukan Berpura-pura baik pada orang demi HANYA nak menarik perhatian orang. Nauzubillah. Jauhkan la orang sedemikian dari aku dan anak2 aku.

OKAY la. Aku nak tengok Hubby aku g masak SUP TULANG special. dengan daging fresh ni. Pasti sedapppp. Mmmmm Yummyyyyy.. Ni pun dh berbau.. Harummmmm nyer.. Hehehe ~

Jemput Makan.. Mai ler.  :-)

Salam.

Monday, November 15, 2010

Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

from : Maher Zain

Bermohonlah hanya pada ALLAH dan Yakinlah Pada KekuasaanNya,
Insha ALLAH, DIA pasti mendengarnya..

Hati Yang Kau Sakiti

from  : ROSSA

Tercipta Untukku

Song from : UNGU featuring ROSSA

Dedicated to :
(special for Abang, Qayyum & Aaron)

Sayang, I DO LOVE YOU ALL

BABY! BABY! BABY!

Song from : JUSTIN BIEBER featuring LUCADRIS

Energetic and Simple.. I LIKE IT..

Friday, November 12, 2010

Jumaat yang Indah

Pagi ni, aku lewat bangun tapi mujurlah masih sempat aku nk kejar ERL sebelum jam 7 pagi. Memangler aku kelamkabut. Dengan anak2 pulak. 2 hero aku tu bole plak bangun waktu aku memang dah lambat. Blurr jap aku pagi tadi. Aku duk bawak gak Aaron berdekatan untuk aku nak iron baju  kerja pagi ni kat bilik sebelah. So senyap dah dier. Asalkan dapat tengok muka Mummy. Dah cukup baginya. :-).. Rindu Mummy ler tu. (sampai Daddy jeles. HAHA). Alhamdulillah. Nasib baik klu nak kena dukung alamat ler mmg tak sempat ler Mummy jawabnyer.

Tak lama Qayyum plak sedar dan merengek2. Tapi takde la kuat dia merengek dan dia mencari aku.. Aku dh buka pintu grill dan start enjin kete pun. Yang peliknya Qayyum tak pulak kejar kereta seperti selalu. Rupanya dia mencari adiknya. Dia mencari Aaron dalam babycot takde. Bila aku bertanya "Qayyum, anak Mummy ni cari siape. Cari adik ker?".. Dia pun kuarkan bunyi "hurmmm hmmm".. Ooo tul ler.. memang dia mencari Aaron LAH..!!! Huhu.. SURPRISE!!!. Sayang juga Qayyum dengan adiknyer. Dah pandai susukan adik tapi aku masih lagi perlu melihat dan monitor la. Tau ler budak2 dan Qayyum pun belum besar. Masih lagi kecil utk perkara sedemikian. Sampai nak dukung adiknya..

Dalam hati aku merasa agak lega apabila melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Qayyum pada adiknya, Aaron. Semoga mereka kerap bersama dan perhubungan mereka  bertambah erat dan mesra. Aaron pula suka bila abangnya mengagah2nya. Main "cak cak" lagi. Sampai terteleng2 dia melihat abangnya gerak ke sana ke mari.. Dan tampak "excited" sampai kedua-dua kaki dan tangannya seakan2 macam orang nak buat kuak lentang. hehehe..Macam nak berenang pun yerrr. hehehe..Apapun mudah2an anak2 ku ini membesar dan menjadi anak yang baik dan soleh. Hormat dan sayang pada aku seperti yang sewajarnya.

Ok la aku nak dirikan solat Zohor ni. Orang2 lelaki dah siap bersolat Jumaat tadi. Harini aku nak balik awal. Banyak kerja2 rumah aku masih tertangguh. Weekend ni aku kerja. So kena plan with my kids properly la..OKAY..

Thursday, November 11, 2010

Thanks my Friend.

[animated+thank+you+greeting+card.gif]
Special Thanks to M Suhaimi Yasok for letting go his double slots to ME for this upcoming concert on 14th November 2010 (this Sunday). It's back again guys.. "Family Fun Day" concerto with title THE MAGICAL SHOW..yeahhhh   :-). I had asked the Box Office yesterday..nak taw tiket dah SOLD OUT pun.

Alhamdulilah. This months my slots more than last month. Bak kata pepatah "Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di CARI pula". Hehehe aku memang tak suker cari musuh.. nak cari kengkawan. Lebih best jika dapat cari kengkawan yang bole jadi SAHABAT sejati la kan. Tak nak la yang kawan makan kawan. Macam yang mak aku selalu sebutkan peribahasa ni "Pepat DiLuar, Runcing Di Dalam"..

Haaa korang taw tak maksudnyer. Hurrrm lebih kurang arr dengan peribahasa "seperti Gunting dalam Lipatan".. Tu ditujukan KHAS buat orang2 yang mengamalkan sistem "BACKSTABBER" laa. Macam kuih TALAM jugak la. Ada la aku kenal SEORANG manusia yang beginilah perangai dier. Hiss sungguh tak disangka. Jika korang tengok pun sesungguhnya korang takkan mempercayai kata2ku ini. Muka tampak je BAIK. baru je beberapa tahun ni nak jadi solehah tapi perangai NAUZUBILLAH. Namun sejarah hidupnya dari orang yang telah mengenalinya serta rakan2 sekitarnya membuatkan aku tertanya. Dan bila aku bertemu orangnya secara LIVE, my instinct telah memberi signal "IA BENAR" dan mengIAkan apa yang telah aku dengar selama ini. Dan terbukti setelah aku kenal dengannya. Bahaya taw.. Baik korang sentiasa berhati2. Bole berkawan namun BERPADA2 la selalu yer.

Aku memang selalu berdoa pada ALLAH semoga aku serta anak2 aku dijauhkan dari ORANG INI. heheh. Saspe yang terasa tu agaknye ekkkkk !!!! Huhu.. So Mudah2an ALLAH memberikan HIDAYAH kepada orang ini dan sesape jugak le yang ada setakat ni berperangai ini. Aku tidak mahu bermusuh dengan sesape pun dalam DUNIA yang cukup indah ini, namun pada aku cukuplah sekdar jika aku DIJAUHKAN dari spesies orang-orang ini.

Pesanan ikhlas dari ku
buat teman2ku sekalian :

Berhati2 apabila berkawan dan sentiasa amalkan hidup bersederhana. Murahkan senyuman dan bersihkan hati dari hasad dengki dan BONGKAK. Sentiasa berbaik sangka pada orang walaupun mereka mempunyai niat yang jahat terhadap kita. Namun begitu kita perlu berWASPADA SELALU. Jangan terlalu mempercayai sesape pun 100%. Paling PENTING sentiasa percaya dan berdoa pada ALLAH s.w.t dan sesungguhnya DIA sentiasa melindungi kita apabila kita sentiasa mengingatiNYA selalu. Amalkanlah selalu AYAT KURSI dan  yakin pada kekuasaan ALLAH dan jangan sekali2 menyekutuNYA. Ikutlah ajaran AL-QURAN & As-SUNNAH. Pasti kamu takkan sesat di dunia ini.

JAGA DIRI HIASI PERIBADI !

Wednesday, November 10, 2010

helloo

Salam buat semua pembaca.

Pagi ni aku bangun agak lewat sket. So apa lagi kelam kabut ler pagi tadi aku bersiap macam "cartoon" daa. Lewat jugak aku masuk tdo malam tadi. Tak silap aku nearly jam 2 pagi (hurrrrm mmg patut arrr kan kan !). Actually semalam aku balik dari kerja awal .. huhu ngantok nyer pasal aku terus chow jam 5 dari office. Tiba umah biasalah nearly 630pm. Tu aku dah siap2 jemput Aaron ler. Hehehe,  bila aku tengok jer wajah si kecik tu sejuk hati aku beb.. Senyum ajer. bila tengok muker aku ni.. OF COURSE ler kan.. Mummy yang melahirkan dier.. tu yg bila nampak aku jer tak lepas2 pandangan mata dier memandang ke mana aje Mummy  bergerak.. Ibarat Daddy selalu rungut dan jeles tu youuu. "Alaaaaa, Aaron ni asyik nak ngorat Makwe Daddy ni.. tak kasi cannn langsung kat Daddy.. tak aci arrrr..mana bole".. Aku duk gelak aje. HAHA...Sayang BEBENOR yer Daddy kat Mummy ni ek. Yeke ?? Huhu.. Cian dier. Ala jgn risau .. "AKU kan dah jadi MILIKMU punnnn".. so u only have to take care of me and my kids LOTS MORE laaaahh.. Huissss alamak jiwang ler plak. shuh shuh. hehehe..

Malam tadi Daddy bawa kami anak beranak ke Dataran baru. pehh best tawww. Dalam kete mmg dh standby bola. Tapi beli gak bole plastik memandangkan Qayyum mudah sket nak tendang sbb agak ringan kan.. Malam2 main bola tengah2 padang. Tengok Daddy tertonggek2 duk mengelecek bola dgn Qayyum.. Pandai gak anak Mummy tendang bola ek.. Baguih baguih..Anak2 Mummy kena kenal dunia luar. So banyak pelajaran bole didapati dari aktiviti sihat macam ni. Aaron pulak sampai2 aje terlelap. Takper arr. Letih sangat tu. Lagipun biasalah baby lagi banyak tido kan. Yang penting anak Mummy sihat walafiat. Tu yang paling penting. Jika tak, Mummy tak senang hati. Kang time kerja pun Mummy tak selesa dan teringat2 pulak. Payahlah Mummy nak cari rezeki kan sayang....

Ok la. Aku ingat nak stop sekarang. Perut aku rasa tak selesa, macam kembung pulak. Nak gi cari minyak Mustajab semalam. Bagus taw.. ala2 berangin gitu..

OK. Tataaaaaa...
Glitter Graphics

Ngomel..

Salam ...

Petang2 begini aku rasa agak mengantuk. (Kurang tido).. Humm memang la. So maksudnya aku ni perlukan lebih masa rehat tak pun dapat tidur dengan nyenyak even 1/2 jam pun dah ok kan. Mungkin jadual kerja aku agak padat. Yer la my office works lagi.. then my duty at Dewan Filharmonik Orchestra lagi. Even my rest time was too short but actually i'm really happy doin' all this because it's my interest la.

Pagi tadi sebelum masuk ke tempat kerja aku terus ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di KL Sentral. Mujur ler SSM dah berpindah keseluruhannya di sini,so dekat lah untuk aku gi memandangkan ERL pun di stesen yang sama. Sebab tu aku perlu manage masa dan segala tugasan aku ni dengan baik so aku tak ler rugi masa, wang dan tenaga. Yang penting kita mesti bijak menguruskannya. Alhamdulillah aku dapat diberi peluang untuk uruskan proses serahsimpan mengikut jadual keselesaan aku. Afterall aku yang create all the forms and documents yang nak kena lodge ni.

Aku ni teringin nak further my studies in this secretarial matters, maybe more to compliance and advisor for company secretary studies. I need to be more alert and aware on the advertisements from SSM or news laa, OF COURSE. So that it kepf me informed kan.Seronok jer tengok rakan sebayakuyang berjaya dalam pekerjaan mereka. I'm too ambitious with this. Jika tak dapat jadi company secretary  pun takpe asalkan aku arif dan MASTER dalam tugasan seharian ku ini. Orang kata "EXPERIENCE" amatlah berharga. Moga2 ALLAH tajamkan fikiranku serta limpahkanku dengan otak yang geliga. Tujuan aku kerja ialah untuk  mencari pengalaman serta rakan2 baru. Jika hidup tanpa kawan tu orang GILER laa tu.. hehehe. Duk layan "dunia fantasi aje ciptaan sendiri aje laa".. kan kan .. :-P.. HAHA...

Aku ni layan ngantuk ni. Sebab tu aku amik masa untuk buat luahan rasa ni. :-D... okay kan..
Mulanya aku nak balik awal ni, tapi tak jadi la kot sebab aku rasa nk balik rehat lebih sket laaa. Di samping tu, dapat ler aku main2 ngan anak2. Sekurang2nya terhibur hati aku ni bila melihat karenah serta telatah anak2 bujang ku tu. "Mummy rindu arrrr".. Rindu Daddy jugak. Eeeh. tiba2 rindu plak dan terbayang masakan Daddy yang sedap sesangat tu. Lebih2 lagi "sayur special".. Betul bang.. mmg sedap..
  • To Mr Zulkhairil : "Really!!!, I do really LOVE U, dear)..
  • To ALL Readers  : nak taw.. sedap taw my hubby masak sayur. tak caya korang rasalerrr..
Okayla. Aku nk tunaikan solat Asar plak ni. Pastu bla bla bla. .siap2 terus chow laa.. NAK BALIK arrrrr :-P
So korang2 TUUU pun jgn luper jugak. Meh sama2 kita dirikan SOLAT. Solat tu tiang AGAMA. Allahu Akbar !!!