Wednesday, November 17, 2010

Aidil Adha 2010

Selamat Menyambut
Hari Raya Aidil Adha 2010


Aku baru je selesai bersama jiran-jiran di kawasan perumahan aku bergotong-royong melapah daging lembu. Ada 3 ekor lembu ditumbangkan untuk upacara KORBAN kali ini.

Pagi ni aku bangun awal. Macam nak g kerja aje. Tapi lepas uruskan anak2 dan bersihkan diri aku tido balik. Letih .. Harini kan cuti.. sempena Raya Korban.. My hubby dan Qayyum dah g dulu. Sempat dua beranak tu menyaksikan orang sembelih lembu-lembu tu. Mesti pengalaman yang paling bermakna buat Qayyum. Perkara baru bagi dirinya.. (pelajaran tu Qayyum tau!!!)

Setelah aku siap mandi dan buat kerja umah sket, aku pun keluar bersama Aaron pula. Keluarkan stroller dari kete dan masukkan Aaron dalam tu. Aku pun sorong ler sampai ke tempat gotong-royong.. Aku dah standby gunting khas untuk menggunting2 daging. Bila tengok Aaron dah senyap. aku pun mula bersila dan mulakan kerja untuk melapah dan menggunting daging2 kepada bentuk yang lebih kecil. Ada sebahagian dibiarkan dalam bahagian yang lebih besar untuk diagih2kan utk orang ramai. (korban kan - bersedekah)..Seronoknya. Dulu-dulu aku selalu buat aktiviti ni kat kampung. Ikut mak abah aku kan. Rewang-rewang di kampung Teringat masa tu aku baru je belasan tahun..


Yang kelakarnya tadi ada ler 3-4 orang perempuan yang sama-sama buat kerja sama dengan aku tadi duk tanya aku. Tinggal mana? Kerja mana?.. last sekali tanya umur aku berapa.. diorg semua duk ckp umur auk 26 tahun.. KELAKAR tak? Hubby aku jeles tahap gaban dengan aku bila aku citer tadi padanya.. HAHA. Jangan ler marah Yang. Dah memang ayang nampak lebih muda. Sorry to say arr kan. Alhamdulillah ALLAH kurniakan kecantikan dalam dan luar pada aku. Amin Alhamdulillah.. (tu kata-kata perasan eh!!).. apa2 je laa LAYANNNNN.. Huhu.

Hidup ni mestilah happy. Berdoa . berusaha dan bertawakkal dengan segala tindak tanduk kita.. Yang penting kita buat denga ikhlas. Janganlah duk sibuk canang kebaikan kepada semua org. Cukuplah ALLAH saja yang tahu kan. Aku pun bukan sempurna sangat .. Namun aku cuba dan berusaha agar aku tidak dipandang serong dan dibenci orang. Kalau ada sesetengah orang yang tak sukakan aku. tnetukan mereka tak puashati dengan apa yang telah aku buat kebaikan. Aku tak kisah. Yang penting ALLAH tahu. Segaka kebaikan kita, apa jer laa.. baik didiamkan.. Orang kata "berdiam diri lebih baik dari berkata-kata". Sebab jika banyak cakap kang tak baik pula. Silap2 gaduh. huhu.. Mintak dijauhkan ler kan..


Yang penting aku happy menjadi diri aku sendiri. Tidak hipokrit dan Bukan Berpura-pura baik pada orang demi HANYA nak menarik perhatian orang. Nauzubillah. Jauhkan la orang sedemikian dari aku dan anak2 aku.

OKAY la. Aku nak tengok Hubby aku g masak SUP TULANG special. dengan daging fresh ni. Pasti sedapppp. Mmmmm Yummyyyyy.. Ni pun dh berbau.. Harummmmm nyer.. Hehehe ~

Jemput Makan.. Mai ler.  :-)

Salam.

No comments:

Post a Comment