Wednesday, November 24, 2010

~ Money Money Money ~

MONEY = WANG = SEN = DUIT = KOS = PULUS

It's all the SAME




Zaman sekarang ni semua benda dan perkara perlukan WANG. Bukan nak citer pasal KEHENDAK seseorang ke aper, but even KEPERLUAN seseorang pun masih tak mampu mengatasi WANG yang diperolehi walau sekuat mana kerja. Siapa kata CINTA tak perlukan WANG.. Huh.. Zaman bercinta lum ada anak leh ler ulit2 mimpi cakap "tak makan pun takpe, tapi hanya perlukan CINTA aje".. Abis tu nnt dh kawen ada anak bini, nk kasi anak bini makan aper kannnn.. So budak2 muda tu jadikanlah pengajaran perkara2 mcm ni. "Sediakan payung sebelum  hujan.. siapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan perkara tak terjangka .. Buat simpanan sewaktu muda. Even tak kawen sekalipun, kerana beringat2 sebelum kita ditimpa masalah.

Namun aku percaya jika kita bersyukur ke hadrat ILAHI dengan nikmat dan pemberian @ rezeki dari ALLAH dengan hati yang terbuka dan tenang, aku yakin kita semua mampu mengatasi masalah kewangan dalam hidup. Tidak meninggalkan SOLAT, berbuat baik kepada sesama manusia serta amalkan sifat2 yang terpuji. Whatever it is, kita perlu bersederhana dalam kehidupan dan mengamalkan amalan bersedekah (tapi perlu ikhlas = tak usah nk citer2 kat org laa.. nnt tak ikhlas pulak) senantiasa. Walau sedikit jumlah wang atau tenaga yang kita sumbangkan, namun sekiranya ia memberikan makna yang besar kepada seseorang yang kita sumbangkan, BERMAKNA kita telah berjaya menjalankan amalan sedekah tu. Kerana apa jua yang telah kita sumbangkan, telah memberi manfaat kepada seseorang tu dan sekaligus merubah kehidupan seseorang. Tapi janganlah kita BONGKAK dan MENUNJUK2 kebaikan kita untuk minta DIPUJI pula. Allah tak suka.

Namun tak semua orang dapat mengatasi masalah berkaitan kewangan dengan baik. Pelbagai macam dugaan dan cabaran yang timbul apabila kita bertembung dengan masalah berkaitan WANG. Wang tu padahal hanya SEKEPING KERTAS aje tapi ia telah diberikan NILAI oleh manusia untuk permudahkan urusan pembelian/pertukaran ke atas sesuatu. Orang2 yang terdahulu dari kita semua, telah mengamalkan sistem barter (dok tukar2 barang tu) sebelum WANG diperkenalkan. Sistem barter ni berfungsi apabila ianya dapat memenuhi kehendak antara pihak yang membuat pertukaran, dah kira ok la. Now dah lain. hampir setiap negara pun telah mempunyai nilai matawang tersendiri. Ringgit, Dollar AS, Dollar Singapore, Pound Sterling, Bath, Rupiah, Rupee dan lain2 lagi. Ia tampak lebih mudah dan bole kita buat perbandingan dengan kiraan. Ia nya lebih tepat laa sebab dalam bentuk unit dan nombor.

Aku klu citer pasal WANG ni sedey ler sangat. Banyak benda yang aku TERPAKSA berdepan semuanya tentang WANG. Seumur hidup aku, aku tak pernah sesusah ini. Ya ALLAH bantulah aku dalam keadaan yang amat rumit ini. Aku amat bersyukur kerana masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus bekerja demi mencari wang untuk anak2ku.

Qayyum & Aaron, doakan Mummy sihat yer. Mummy rindu sangat2 dengan anak2 Mummy. Mummy tak dapat sembang lama2 dan bergurau senda dengan anak2 Mummy malam tadi. Mummy dalam keadaan sedih arrr. Harap anak2 Mummy faham dan beri sokongan pada Mummy.

Lots of LOVE

No comments:

Post a Comment