Friday, November 12, 2010

Jumaat yang Indah

Pagi ni, aku lewat bangun tapi mujurlah masih sempat aku nk kejar ERL sebelum jam 7 pagi. Memangler aku kelamkabut. Dengan anak2 pulak. 2 hero aku tu bole plak bangun waktu aku memang dah lambat. Blurr jap aku pagi tadi. Aku duk bawak gak Aaron berdekatan untuk aku nak iron baju  kerja pagi ni kat bilik sebelah. So senyap dah dier. Asalkan dapat tengok muka Mummy. Dah cukup baginya. :-).. Rindu Mummy ler tu. (sampai Daddy jeles. HAHA). Alhamdulillah. Nasib baik klu nak kena dukung alamat ler mmg tak sempat ler Mummy jawabnyer.

Tak lama Qayyum plak sedar dan merengek2. Tapi takde la kuat dia merengek dan dia mencari aku.. Aku dh buka pintu grill dan start enjin kete pun. Yang peliknya Qayyum tak pulak kejar kereta seperti selalu. Rupanya dia mencari adiknya. Dia mencari Aaron dalam babycot takde. Bila aku bertanya "Qayyum, anak Mummy ni cari siape. Cari adik ker?".. Dia pun kuarkan bunyi "hurmmm hmmm".. Ooo tul ler.. memang dia mencari Aaron LAH..!!! Huhu.. SURPRISE!!!. Sayang juga Qayyum dengan adiknyer. Dah pandai susukan adik tapi aku masih lagi perlu melihat dan monitor la. Tau ler budak2 dan Qayyum pun belum besar. Masih lagi kecil utk perkara sedemikian. Sampai nak dukung adiknya..

Dalam hati aku merasa agak lega apabila melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Qayyum pada adiknya, Aaron. Semoga mereka kerap bersama dan perhubungan mereka  bertambah erat dan mesra. Aaron pula suka bila abangnya mengagah2nya. Main "cak cak" lagi. Sampai terteleng2 dia melihat abangnya gerak ke sana ke mari.. Dan tampak "excited" sampai kedua-dua kaki dan tangannya seakan2 macam orang nak buat kuak lentang. hehehe..Macam nak berenang pun yerrr. hehehe..Apapun mudah2an anak2 ku ini membesar dan menjadi anak yang baik dan soleh. Hormat dan sayang pada aku seperti yang sewajarnya.

Ok la aku nak dirikan solat Zohor ni. Orang2 lelaki dah siap bersolat Jumaat tadi. Harini aku nak balik awal. Banyak kerja2 rumah aku masih tertangguh. Weekend ni aku kerja. So kena plan with my kids properly la..OKAY..

No comments:

Post a Comment