Friday, December 31, 2010

~ Mission Impossible ~

Target          : MISSION & VISION achievement.
Goal             : Successful person + Responsiblity + Beauty
Duration       : 6 - 12 months and above

Nampak tak apa yang aku tulis di atas tu. That's my PLANs, a short-term goal. I have my own target and mission. Macam "Mission Impossible". Maybe some of my frens or maybe relatives surrounding me will thinks that I will not be able to achieve my target. But I wish it can be done early than I expected. Pray for ME.

I will bet myself and keep on striving & work hard & work SMART to be the BEST. I don't need to tell everybody, every single plans or goal that I have made. That's enough if ONLY ME will feels GOOD about it. The most important thing is to MAKE MYSELF THE HAPPIEST PERSON in this WORLD. Don't ever ever looked down of your own capabilities and you must believe in YOURSELVES. Miracle will comes to you. Trust me.

Now, I feel that my true instinct give hints again to me. Don't ever ever waiting for someone that will gives what you want. Never depending to others, even it's your loves one. Thanks GOD, that from kids I am able to have anything by my own. I AM AN INDEPENDENT GIRL before and WILL FOREVER stay LIKE THAT even I am a MUMMY & WIFE now. It doesn't change anything. My hardwork still the same. Maybe some of you have made a lots of judgement about me. WHATEVER... But I still and will always LOVE MYSELF forever. If you know me well, you'll slowly found my inner BEAUTY & someting special about me. I feel so good and OF COURSE I am TOO proud to be MYSELF. Again, THANK YOU ALLAH.

Actually, now I'm in the office la. Besides doing my works, I take a few minutes to write into my cutest blog.. Hahaha. Don't be too jealousy, okay. Just ACCEPT anything written here. :-)

Okay. Just a short notes today. Will update u guys, later.

Thursday, December 30, 2010

Kak Limah's Movie

Hallu.. Petang tadi aku with my best fren, Aida Fantastika went to TGV KLCC to watch HANTU Kak Limah's movie. Amatlah memecahkan perut kami ni, malahan bukan kami saje tapi semua yg ada di dalam panggung tadi. Mengong.. memang ler mengong.. Hahaha. Oo Mamat Khalid, ko mmg kelakorrrrr...

Kerja gilo kan.. tak pasal2 aku ajak Aida lalu ke Level 3 kononnya la, hanya nk jenguk time movie tu. Sebab banyak sangat aku dengar citer tu kelakor. Aku ni tengah bosan tahap gaban, dan aku rasa aku perlu happykan diri aku ni haaa. Punya la berkurun gak aku tak ke cinema. Al-maklumlah dalam masa 2 tahun sebelum ni.aku ada anak kecik ni haa. So tak dan nak g tgk movie pun. Banyak masa dengan anak kecil ku lah.

Aku ada snap beberapa foto tadi..



Tuesday, December 28, 2010

~ Steamboat Dine @ 9th Avenue ~

Location    : Steamboat Restaurant, 9th Avenue
Time         : 8.00pm
Purpose     : "Jalan-jalan Cari Makan"

Today, I punched out from my office around 6pm. Then I reached Salak Tinggi nearly 7pm. My hubby, Qayyum & Aaron picked me up in front of ERL Station 5 minutes after that. I had planned to shop something for my kids. So we went to Giant Superstore. After I had finished shopping, I keep on thinking where should I dine tonight? Suddenly, I stared at my hubby, "Why not today, we try to have our dinner there (at the same time my finger pointing to the Thai Steamboat restaurant) ? Both of us agreed. Then, we walked to the restaurant.

Wow, this is great. Finally, I had tried the food. Not bad. So next time, I don't have to go down to "Restoran Nelayan at Taman Tasik Titiwangsa" to have STEAMBOAT, anymore. Now, it's only takes about less than 10 minutes ONLY, IF I insist to have steamboat after this. Hooorey..!!!

SEE ! How happy were my kids at that time..




Mummy, PEACE !


Qayyum was trying to use the chopsticks.. So funny.

Saturday, December 25, 2010

~ Ya ALLAH, please help ME ~

Ya ALLAH ! Ya Tuhanku Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang wujud di muka bumi ini. Lemahnya dan luluh jantungku harini. Belum selesai masalah yang sediaada, muncul pula satu lagi masalah baru. Terpaku dan terduduk aku melihatnya. What will happen to my life after this, and I still keep thinkin' and thinkin'. But there's still no PERFECT answer given to me. Oh my GOD.

Betapa besarnya dugaan yang Engkau berikan kepadaku saat ini. Pada ketika ini, JIWA & HATIKU bergelora, terkedu, kecewa, hampa, sedih, separuh giler, memberontak, patah hati NAMUN bila aku sedar akan kekuasaanMu tentang DOA yang bakal Engkau makbulkan kepada sekian umatMU yang tak jemu2 bermohon padaMu, AKU JADI lebih KUAT dan TABAH dengan setiap dugaan dan cabaran olehMu. Aku jadi lebih YAKIN akan setiap JANJI2 yang telah Engkau berikan kepada makhluk ciptaanMU yang sentiasa mengingatiMU dan tak henti2 begitu kagum dengan kekuasaanMu, Ya ALLAH.

Rasa tak tertanggung dengan semua yang telah berlaku. Dan entah apa yang bakal berlaku pada esok hari pula. Fobia akan kejutan2 yang aku perolehi. Apakah dugaan ini akan berterusan. BenarKAH Engkau akan memberikan aku SINAR & PELANGI setelah Engjau menguji serta memberikan aku dugaan2 yang amat dahsyat ini kepada hambaMu yang amat kerdil ini padaMu. Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan diri agar aku dapat menjalani segala ujianMu ini dengan tabah tanpa ada rasa KELUHAN kepadaMu. 

Aku percaya akan Qada' dan Qadar ALLAH. Aku percaya akan tiap Rukun Iman yang 6 itu. Jauhilah diriku dari makhluk2 di alam ku atau di luar alam ku yang akan mengganggu-gugat ketenangan hatiku dan anak2ku, agar aku bisa bekerja semata2 berniat untuk mencari rezeki khususnya untuk ANAK2ku. Mummy amat sayangkan kalian berdua. Tolonglah fahami niat Mummy ini wahai anak2ku. Percayalah. Jika Mummy marah itu semuanya kerana Mummy ingin mengajar anak2 Mummy agar lebih menghormati dan mendengar kata orang yang lebih tua. Mummy tak mahu anak Mummy menjadi pemalas, kurang ajar dan tidak mengenang budi. Mummy mahu anak Mummy sedar dan mengetahui betapa sukarnya Mummy mengharungi kehidupan ini. Kerana hidup kita umpama roda sayang. Adakalanya di atas dan adakalanya di bawah. Hidup tak semestinya indah senantiasa, namun kita sebagai manusia dan Mummy selalu ingin berpesan agar anak2 Mummy menjadi manusia yang berguna dan boleh berdikari dan mampu menjalani kehidupan ini kelak dengan baik tanpa bantuan dan bergantung kepada orang lain. Jadilah manusia yang berMARUAH dan jangan sekali2 menjual maruah dan jagalah keperibadian kita dengan baik. Paling penting jadilah seorang yang BERTANGGUNGJAWAB. Kerana tanggungjawab itu amat besar nikmatnya jika kita dapat melaksanakannya dengan sempurna walaupun tidak sesempurna yang diidamkan.

Berpada2lah berbuat BAIK kepada orang, dan JANGAN sekali2 berbuat JAHAT. Tidak rugi kita sentiasa ringan tulang, sentiasa mengukirkan SENYUMAN walaupun dalam hati kita terluka, menghormati orang yang lebih tua, sentiasa memulakan segala pekerjaan dengan kalimah BISMILLAH. Niatkan segala dengan niat yang baik kerana ALLAH nescaya ALLAH akan membalasnya dengan sesuatu kebaikan yang tidak kita jangkakan, sayang. Cubalah sembunyikan kedukaan kita daripada orang, kita jangan sekali2 mengharapkan ikhsan dan simpati dari orang. Usahalah sendiri. Kerana usaha itu TANGGA KEJAYAAN sayang.

Mummy harap anak2 Mummy akan mendengar kata2 serta nasihat Mummy ini. Semoga segala yang BAIK dijadikan teladan dan yang JAHAT mintak dijadikan sempadan.

Friday, December 24, 2010

~ A Good Rest ~

Today I'm not working. Replaced with tomorrow's public holiday, "Christmas Day". So my company is on holiday today ! So today, I still placed my kids at my babysitter's house, while I would be able to clear up my houseworks this one whole day. Alhamdulillah, syukur. I also had a good sleep after I sent them there. After I woke up, I felt fresh.

Actually, I'm not well yet due to my migraine attacks, 2 days before. That's why I had to do my house without my kids around. Nearly 6.30pm, I picked them up. Really missed them actually, even only just a couple of hours separated from them. Pity them, huh. 

Okay, guys, Qayyum had called me up. He wants MILK. Bye

Merry Christmas @ Selamat Hari Natal
to ALL who celebrates it.

~ $$$$$ ~

Money, Wang, Chien, Pulus. 

Sama je la maksud semuanya tu. Kerana IA, manusia bole jadi SERONOK pun ada. GILER pun ada, Nak MAMPUS pun ada, RISAU pun ada, jadi BONGKAK pun ada, jadi PEMURAH pun ada, jadi LUPA DARATAN pun ada. Dan MACAM-MACAM la ada. Hehehe.

Payah jerih kita mengejar dan berusaha mendapatkan & mencarinya, semata2 untuk menutupi segala hutang piutang bulanan, namun masib belum mampu untuk merasa ianya mencukupi. Ada orang banyak wang, DIBUANG2. Ye lah dah banyak sangat, semua di tabur ke orang. Suddenly, bila mereka dah jatuh susah, entah mana kengkawan atau "ORANG2" yang mendapat taburan wang tadi kan.. Lenyap, senyap dan hilang entah ke mana. 

Pada aku, kita perlu baik HATI dan KESIAN pada diri kita sendiri dulu. Fikir tentang keperluan dan apa yang kita harus miliki sebelum ianya lenyap. Berbuat baik kepada orang perlulah berpada2 kelak jika dah terlebih baik pada orang, hurrrm hampeh ler jawapannya. Manusia ni kan ada macam2 karenah. Bermuka2 dan suka benar jadi TALAM.

Tanggungjawab pun perlulah DIUTAMAKAN lebih2 lagi yang sudah mempunyai famili dan even sebagai anak juga harus mempunyai kesedaran dan niat untuk membantu keluarga. Jangan pula bila dah SENANG dan DUIT MELIMPAH RUAH ke badan, lupa daratan pula kan. Silap2 tak kenal saudara taw. 

Okayla. Aku kalu nak citer pasal WANG ni memang tak akan habis. Banyak maklumbalas yang aku terima melalui perbincangan dengan kawan2 dan teman2 siber mengenai perkara ini. Banyak betul pengalaman2 yang diterima dari mereka untuk ku jadikan teladan dan sempadan dalam aku mengharungi kehidupan yang amat luas ini.

Therefore, sebagai seorang ibu, bapa, anak, atau juga sebagai ahli masyarakat lah secara UMUMnya, kita seharusnya mempunyai nilai moral yang amat tinggi tentang kesedaran berkaitan perkara ini. Perlulah ada kerjasama di dalam satu famili untuk menyelesaikan masalah terutamanya "WANG". Kadangkala kerana WANG, famili juga bole musnah. Kawan2 juga bole bertukar menjadi LAWAN. Suka juga bole bertukar menjadi DUKA.

WANG oh WANG, mengapalah engkau ini WUJUD?

Thursday, December 23, 2010

~ Article : All about "MIGRAINE" ~

Central nervous system and peripheral nervous systemCT scan of the brain
Migraine cause

A migraine is a common type of headache that may occur with symptoms such as nausea, vomiting, or sensitivity to light. In many people, a throbbing pain is felt only on one side of the head. Some people who get migraines have warning symptoms, called an aura, before the actual headache begins. An aura is a group of symptoms, usually vision disturbances, that serve as a warning sign that a bad headache is coming. Most people, however, do not have such warning signs. See also:

CAUSES

A lot of people get migraines -- about 11 out of 100. The headaches tend to first appear between the ages of 10 and 46. Occasionally, migraines may occur later in life in a person with no history of such headaches. Migraines occur more often in women than men, and may run in families. Women may have fewer migraines when they are pregnant. Most women with such headaches have fewer attacks during the last two trimesters of pregnancy. A migraine is caused by abnormal brain activity, which is triggered by stress, certain foods, environmental factors, or something else. However, the exact chain of events remains unclear. Scientists used to believe that migraines were due to changes in blood vessels within the brain. Today, most medical experts believe the attack actually begins in the brain itself, where it involves various nerve pathways and chemicals. The changes affect blood flow in the brain and surrounding tissues.

Migraine attacks may be triggered by:
  • Alcohol
  • Allergic reactions
  • Bright lights
  • Certain odors or perfumes
  • Changes in hormone levels (which can occur during a woman's menstrual cycle or with the use of birth control pills)
  • Changes in sleep patterns
  • Exercise
  • Loud noises
  • Missed meals
  • Physical or emotional stress
  • Smoking or exposure to smoke
Certain foods and preservatives in foods may trigger migraines in some people. Food-related triggers may include:
  • Any processed, fermented, pickled, or marinated foods
  • Baked goods
  • Chocolate
  • Dairy products
  • Foods containing monosodium glutamate (MSG)
  • Foods containing tyramine, which includes red wine, aged cheese, smoked fish, chicken livers, figs, and certain beans
  • Fruits (avocado, banana, citrus fruit)
  • Meats containing nitrates (bacon, hot dogs, salami, cured meats)
  • Nuts
  • Onions
  • Peanut butter
This list may not include all triggers. True migraine headaches are not a result of a brain tumor or other serious medical problem. However, only an experienced health care provider can determine whether your symptoms are due to a migraine or another condition.

SYMPTOMS

Vision disturbances, or aura, are considered a "warning sign" that a migraine is coming. The aura occurs in both eyes and may involve any or all of the following:
  • A temporary blind spot
  • Blurred vision
  • Eye pain
  • Seeing stars or zigzag lines
  • Tunnel vision
Not every person with migraines has an aura. Those who do usually develop one about 10 - 15 minutes before the headache. However, it may occur just a few minutes to 24 hours beforehand. A headache may not always follow an aura. Migraine headaches can be dull or severe. The pain may be felt behind the eye or in the back of the head and neck. For many patients, the headaches start on the same side each time. The headaches usually:
  • Feel throbbing, pounding, or pulsating
  • Are worse on one side of the head
  • Start as a dull ache and get worse within minutes to hours
  • Last 6 to 48 hours
Other symptoms that may occur with the headache include:
  • Chills
  • Increased urination
  • Fatigue
  • Loss of appetite
  • Nausea and vomiting
  • Numbness, tingling, or weakness
  • Problems concentrating, trouble finding words
  • Sensitivity to light or sound
  • Sweating
Symptoms may linger even after the migraine has gone away. Patients with migraine sometimes call this a migraine "hangover." Symptoms can include:
  • Feeling mentally dull, like your thinking is not clear or sharp
  • Increased need for sleep
  • Neck pain

EXAMS AND TESTS

Your doctor can diagnose this type of headache by asking questions about your symptoms and family history of migraines. A complete physical exam will be done to determine if your headaches are due to muscle tension, sinus problems, or a serious brain disorder. There is no specific test to prove that your headache is actually a migraine. However, your doctor may order a brain MRI or CT scan if you have never had one before. If you have a migraine with unusual symptoms such as weakness, memory problems, or loss of alertness, an EEG may be needed to rule out seizures. A lumbar puncture (spinal tap) might be done.

TREATMENT

There is no specific cure for migraine headaches. The goal is to prevent symptoms by avoiding or changing your triggers. A good way to identify triggers is to keep a headache diary. Write down:
  • When your headaches occur
  • How severe they are
  • What you've eaten
  • How much sleep you had
  • Other symptoms
  • Other possible factors (women should note where they are in their menstrual cycle)
For example, the diary may reveal that your headaches tend to occur more often on days when you wake up earlier than usual. Changing your sleep schedule may result in fewer migraine attacks. When you do get migraine symptoms, try to treat them right away. The headache may be less severe. When migraine symptoms begin:
  • Drink water to avoid dehydration, especially if you have vomited
  • Rest in a quiet, darkened room
  • Place a cool cloth on your head
Many different medications are available for people with migraines. Medicines are used to:
  • Reduce the number of attacks
  • Stop the migraine once early symptoms occur
  • Treat the pain and other symptoms
REDUCING ATTACKS
If you have frequent migraines, your doctor may prescribe medicine to reduce the number of attacks. Such medicine needs to be taken every day in order to be effective. Such medications may include:
  • Antidepressants such as amitriptyline
  • Blood pressure medicines such as beta blockers (propanolol) or calcium channel blockers (verapamil)
  • Seizure medication such as valproic acid, gabapentin, and topiramate
  • Serotonin reuptake inhibitors (SSRIs) such as venlafaxine
  • Selective norepinephrine uptake inhibitor (SNRIs) such as duloxetine
STOPPING AN ATTACK
Other medicines are taken at the first sign of a migraine attack. Over-the-counter pain medications such as acetaminophen, ibuprofen, or aspirin are often helpful, especially when your migraine is mild. If these don't help, ask your doctor about prescription medications. (Be aware, however, that overuse or misuse of such pain medications may result in rebound headaches.Chronic rebound headaches typically occur in people who take pain medications more than 3 days a week on an ongoing basis.) Your doctor can select from several different types of medications, including:
  • Triptans -- the most frequently prescribed medicines for stopping migraine attacks -- such as almotriptan (Axert), frovatriptan (Frova), rizatriptan (Maxalt), sumatriptan (Imitrex), and zolmitriptan (Zomig)
  • Ergots such as dihydroergotamine or ergotamine with caffeine (Cafergot)
  • Isometheptene (Midrin)
These medications come in different forms. Patients who have nausea and vomiting with their migraines may be prescribed a nasal spray, suppository, or injection instead of pills. Some migraine medicines narrow your blood vessels and should not be used if you are at risk for heart attacks or have heart disease, unless otherwise instructed by your health care provider. Ergots should not be taken if you are pregnant or planning to become pregnant, because they can cause serious side effects to an unborn baby.

TREATING SYMPTOMS
Other medications are primarily given to treat the symptoms of migraine. Used alone or in combinations, these drugs can reduce your pain, nausea, or emotional distress. Medications in this group include:
  • Nausea medicines such as prochlorperazine
  • Over-the-counter pain relievers such as acetaminophen (Tylenol)
  • Sedatives such as butalbital
  • Narcotic pain relievers such as meperidine
  • Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) such as ibuprofen
If you wish to consider an alternative, feverfew is a popular herb for migraines. Several studies, but not all, support using feverfew for treating migraines. If you are interested in trying feverfew, make sure your doctor approves. Also, know that herbal remedies sold in drugstores and health food stores are not regulated. Work with a trained herbalist when selecting herbs.

~ Migraine oh Migraine ~

Salam Muhibbah untuk semua pengunjung setia blogku ini. Hari ini aku tampak segar dan kembali sihat seperti sediakala.


Aku nak share satu artikel tentang migrain. Sila baca untuk pengetahuan anda.

Artikel Penyakit Migrain
*********************************************************
A migraine is a very painful type of headache. People who get migraines often describe the pain as pulsing or throbbing in one area of the head. During migraines, people are very sensitive to light and sound. They may also become nauseated and vomit. Migraine is three times more common in women than in men. Some people can tell when they are about to have a migraine because they see flashing lights or zigzag lines or they temporarily lose their vision. Many things can trigger a migraine. These include
  • Anxiety
  • Stress
  • Lack of food or sleep
  • Exposure to light
  • Hormonal changes (in women)
Doctors used to believe migraines were linked to the opening and narrowing of blood vessels in the head. Now they believe the cause is related to genes that control the activity of some brain cells. Medicines can help prevent migraine attacks or help relieve symptoms of attacks when they happen. For many people, treatments to relieve stress can also help.


Source :
NIH: National Institute of Neurological Disorders and Stroke

******************************************
"Migraine" datang lagi semalam. Aduiii begitu siksanya aku nak tanggung kesakitan itu. Dulu sewaktu aku di bangku sekolah, penyakit ini memang menjadi temanku selalu. Aku risau dengan situasi yang sedemikian. Siapa yang suka SAKIT? Gila arrrr. Semua orang nak sentiasa sihat dan ceria untuk menikmati keindahan dan menjalani kehidupan di alam ciptaan ALLAH yang indah ini. Rugi laa kalau orang yang asyik kerap sakit aje kan. Tak berbaloi langsung arrrrr.

Walaupun kesakitan ini tidak kita pinta sekalipun, jika ianya datang tentu ada hikmah dan alasan disebaliknya. Yer la. Semalam aku memang ada bawa sebuku roti di ofis dan tuna. Aku plan tak nak beli sarapan di luar la sebab sayangkan roti yang ada. Aku bawa roti tu dari rumah. Sebab di rumah tiada sapa yang dapat menghabiskan, so better aku bawa ke ofis kan, daripada ianya MEMBAZIR dan akhirnya tempatnya di TONG SAMPAH. Sian kan. Bila tiba ofis, aku pun bakar la roti tu buat sandwich tuna, tapi entah tiba2 selera ku hilang. Apalagi, memang tak habislah roti yang aku buat pagi tu.

Kemudian aku terus menaip dan terus menaip untuk menyiapkan tugasan yang perlu ku sediakan untuk boss baruku. Sebab nanti diorang suma dah mula cuti. Al-maklumlah cuti akhir tahun, masing2 sudah dengan perancangan mereka meluangkan masa bersama famili sebelum anak2 mereka mula sekolah awal tahun depan. Bila tiba hampir jam 1 petang (my lunch hour), aku dapat rasakan angin di perutku dan sudah naik ke kepalaku. Aku dah agak dan begitu yakin yang MIGRAINE akan menyerang aku hari ini, for sure. And it's happened.

Memang la tidak dapat disangkal, ia datang lalu terus menangkap kepalaku dan aku jadi tidak keruan. Gelisah. Kerap aku ke bilik air. Kepala dan pandangan aku berat sekali. Adui Ya ALLAH, bantulah hambamu ini. Aku tak larat untuk menanggungnya saat ini. Berilah aku kelonggaran dari menerima dugaan ini sekarang. Waktu itu, aku membayangkan Qayyum & Aaron di benak fikiranku. Kasihan mereka berdua jika sakit aku ini tidak berkurang bila aku tiba di rumah nanti. Mereka perlukan perhatian aku dan kasih sayang aku yang tak berbelah bagi. Aku HARUS dan MESTI shat untuk bersama2 mereka. Aku akui dan sedar, masa aku tidak banyak bersama mereka. Aku harus berjuang untuk diriku dan anak2ku agar mereka mendapat keselesaan hidup. Banyak perkara yang bermain di fikiran ku. Dan oleh sebab itu, aku harus bekerja dengan bersungguh2 untuk kebahagiaan mereka.

ALHAMDULILLAH, syukur aku panjatkkan kepada ALLAH s.w.t kerana telah memakbulkan doakan semalam. Aku beransur sihat malam tadi. Dan MOOD aku juga okay tau sekarang.

Pagi ini aku menikmati sarapan yang sihat "White Sandwich + Soya Milk". Aku beli di Rotiboy. Kos hanya RM4. Murah harganya pada aku berbanding jika aku bersarapan di RASA Food di Level 4 tu laa kan. Amin, kenyang aku pagi ni. Ianya  murah dan amat sihat untuk aku. Dan sekarang aku dapat memulakan kerja dengan baik dan lancar. Yang penting aku SIHAT. Dan moralnya aku harus menjaga kesihatanku  baik2 demi mendapatkan kesejahteraan hidup yang aku idam2kan.

JOM sambung kerja.. !!!

Wednesday, December 22, 2010

~ Ceritera + Mesej ~

Salam buat semua pelayar2 blogku ini. Selamat pagi. Harini aku tiba ofis hampir jam 8.15 pagi. Lewat 15 minit la kan. Mujur 15 minit, jika lebih dari itu, aku harus membuat penjelasan detail lah pulak dalam sistem "timetrack" nanti. Sejak akhir tahun lepas, syarikat tempat aku bekerja ni, melaksanakan sistem IPTimeTrack untuk mengawal pergerakan keluar masuk setiap pekerja. So, their boss will know how many hours, they were in the site (office) rather than outside. Jika pekerja tersebut memang banyak urusan di luar (macam aku ni), so ok la kan sebab aku ada alasan yang munasabah dan dah memang kerja aku macam tu kan.. I REALLY LIKE IT. Hehe.

Alhamdulillah, aku gembira dengan kerja aku sekarang walaupun ada kata2 dan langau2 yang membingitkan kepala hotak aku ni dan dok sibuk nak jaga tepi kain orang. Jaga diri sendIri sudahlah. Sibuk jer nak ganggu periuk nasi orang. Aku yakin akan rezeki dan peluang yang ALLAH berikan kepada setiap umatnya especially kepada AKU. Thank you, ALLAH. Amin YA ALLAH, sebab aku tak pernah mengeluh dengan kerja2 yang diberikan kepada aku ini. Kerana ia adalah punca rezeki aku. Malah ia membuatkan aku lebih bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan, sedangkan ramai lagi graduan2 di luar sana yang masih tercari2 pekerjaan yang sesuai dengan mereka. Aku merasa setiap masa2ku lebih terisi dengan kerja2 yang telah diamanahkan kepadaku.

Aku bangga pada diriku kerana masih mampu dan bole berdiri dengan sendiri tanpa perlu mendapat belas ikhsan orang lain. Memang payah nak mendapat pekerjaan di zaman ini. Majikan dengan macam2 kriteria yang pelik2 yang mereka inginkan selain ada jugak yang memohon pekerjaan menggunakan kroni2 mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik. Ntah la, tak pandai pulak aku nak guna2kan kawan2ku yang sudah berada di peringkat yang tinggi2. Better aku berusaha dengan cara aku sendiri, kerana ia lebih memberikan kepuasan yang amat INDAH kepadaku.

Buat pengetahuan rakan pelayarku, ramai rakan2 se"graduan" & se"sekolah"  denganku di luar sana yang mempunyai profession yang bagus2 dan ada di kalangan mereka adalah, ahli politik, ahli perniagaan, pensyarah, pengurus bank, guru, pakar motivasi dan macam2 lagi la. Walaupun pekerjaan aku tidak sehebat mereka semua, namun aku amat bersyukur dan gembira dengan apa yang telah aku perolehi. Yang paling penting kita perlulah pandai memanfaatkan segala kebolehan dan kepandaian yang ada dalam diri kita.

Ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku dalam diri dan sepanjang perjalanan hidup kita. Allah telah mengurniakan kebijaksanaan dan kekuatan dalaman dan luaran kepada diriku untuk terus menikmatinya dengan penuh rasa syukur. Setakat ini aku telah mencapai 6 sasaran aku dari 10 sasaran yang telah aku tetapkan sejak aku melangkah keluar dari pusat pengajian tinggi dan menuju ke alam pekerjaan. Kepayahan aku memperolehi pekerjaan yang aku impikan TIDAK MENJADI PENGHALANG kepadaku untuk mencapai cita2ku yang telah aku rancangkan sekian lama.

Aku yakin lama kelamaan aku akan mecapai semuanya dengan hasil usaha aku sendiri tanpa perlu begantung kepada orang lain.


MESEJ buat putera2 kesayanganku,
QAYYUM & AARON
  • Yakinlah pada kekuatan dan kebolehan diri kalian,
  • Serlahkannya dan percaya kepada kekuasaan ALLAH s.w.t.
  • Jadilah manusia yang berguna & kehadiranmu memberikan kesenangan kepada semua.
  • jada diri dan hiasi peribadimu dengan sifat2 terpuji dan sayangi diri kita & don't give up.
  • Berusaha adalah tangga kejayaan dengan diiringi DOA.
  • Berjalanlah di muka bumi dan layarinya dengan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Nescaya hidupmu bahagia DUNIA & AKHIRAT.
  • Mummy amat sayangkan kalian berdua dan sentiasa mendoakan kebahagiaan anak2 Mummy.
For today's breakfast, I'm having a mug of Hot Nescafe + Hot Tuna Sandwich this morning. Jom sarapan.

Andai Ku Tahu


Lagu yang amat syahdu. Memberikan keinsafan kepada diri tentang betapa besarnya kuasa ALLAH s.w.t. Oleh itu, sebagai makhlukNya, kita haruslah sentiasa beringat dan melakukan kebaikan sewaktu hidup, agar MATI kita bermaruah dan semoga doa2 anak yang soleh & solehah serta amal jariah yang telah kita lakukan mengiringi pemergian kita kelak dan berusaha memohon keberkatan dari ALLAH. Amin.

Tuesday, December 21, 2010

.. left only ME

Mood      :  HAPPY + HARDWORKING + RESPONSIBLE
Location : in the office, KLCC
Purpose  : staying back late to keep on typing, looking at a lots of names
Target    : completing the first list as soon as possible as I can.

Suddenly just now, my teeth was so painful. Oucch ! I really can't stand it. I can't eat anything at this moment because I think it will make my teeth become more pain. Temperature in my office become more colder. Maybe, because all of my collegues had gone back home already. Only me still loyal here. Nevermind, at least I can slowly finishing my job rather than I had to wait until the last minute calls, right? Using my brain and intelligence effective & efficiently as I want to make it the best ever.

OMG, it's nearly 7.11 pm. I had planned to go back home around 8 pm today. Hopefully I can settle down some of my lists. Okay, will update you all later, guys. BYE.

~ Apaapantah ~

Pedih oh mataku ni. Akibat dari menghadap komputer yang agak lama, sejak awal pagi tadi. Melilau2 mataku ini nak naik juling dah. Haha. Jam menunjukkan dah nearly jam 1.30 petang ni. Nak keluar sekarang ke tidak ek?. Aku tak bole missed lunch ni. Nanti bila aku jatuh sakit, sian pula anak2 aku. Azam baru aku ialah mengurangkan Medical Leave (MC) aku, kerja rajin2, doa banyak2 kepada ALLAH, pastikan kesihatanku BAIK sentiasa dan tidak lupa juga menjaga KEANGGUNANku dan MAINTAIN shape laaa selalu. WAJIB tu. Sentiasa tampil menarik. Inilah yang akan memberikan aku semangat dan MOTIVASI padaku agar sentiasa menghargai dan menyayangi DIRI SENDIRI.

Okayla. Aku nak turun makan laaa. Perut sket lagi nak dendangkan lagu keroncong P. RAMLEE ni. Hikhik.. 

Monday, December 20, 2010

~ My Hello Kitty Template ~

Harini aku menukar template di dalam ruangan blog aku nih. Saje je nak tukar angin. Bosan gak asyik lihat template yang sama. Sebab aku juga yang akan menghadap blog tu kan. so aku perlukan pemandangan yang menarik perhatian dan menyenangkan hati ESPECIALLY hati aku lah kannn.  Dan my favourite theme ialah "Cartoon" laa of course. Hehe. Banyak2 kartun aku paling suker ialah "Winnie the POOH". It's a bear, babe.


This is "Winnie the POOH". My favourite cartoon character.

Masa aku buat survey template2 yang menarik, aku dok cari2 tak jumper pulak template POOH. Then aku ternampak template yang agak cute gak, so AKHIRnya aku pilih lah "Hello KITTY" yang comel ini.. Kucing lah. Cute gitu with pinkish background. Looks like girl gitu. Hehe.

Jika nak tau aku ni dari kecik takde arrr suka benar dengan girl pattern. SEBABnya aku lebih suka mengikut gaya Abang Long aku. He's a BOY lah. Aku suka koleksi baju2 sukan dier, koleksi baju kolar dier, kepandaian dia menunggang Yamaha RXZ, kecenderungan dier suka berkemas dan rajin. So aku banyak gak terikut2 dier lah. Tapi ada bagusnya tau. NOW aku pandai melakukan kerja2 lelaki mahupun wanita. Okay tak?. Credit tuuuu !! Even nak kemas umah aku leh buat wihout any helps. Now dah ada suami, so apalagi MESTIlah aku mintak tolong dari dier. Saling bantu-membantu kan. Give and take. Yang paling penting "Understanding - saling memahami lah".

Okay ler. Aku ni saje je nak test write new post into my new template ni. Nak tengok how is the result nanti kan. Ok, will update more news later. Chow chin chauuuuu !

Sunday, December 19, 2010

~ Surrender NOW ! ~

Oh My GOD ! It's nearly "JAMMED".

Looking at those documents in ONE whole day today, with lots of names and companies, beside that I have to differentiate all the section, make me FEEL DIZZYYYY and BLURR and might be CRAZY. Ouch, babe I really need some REST now before I BECOME CRAZY.

"I MUST LOOK FRESH & FULL OF ENERGY
for my next duty"

Maybe I should take a walk @ window-shopping @ early DINNER rather than continuing looking at THAT now. YES, I must have that. Haha..

I need some space and I like to be pampered. Why not we doin' something that will make ourself happy, right?. So now we must make a PARADIGM SHIFT to our entire LIFE. And so DO I. So, my advise to all of you out there, take a good chance to manage your LIFE meaningful.

I surrender NOW la, babe. Okay, BYE !

You're My SUNSHINE !

Saturday, December 18, 2010

~ Headache + Dilemma + Guilty ~

Tajuknya agak pelik dan pasti anda semua tertanya2 bukan???. Actually, korang sumuer tak perlulah risau or buang masa nak selidik pun. SEBABnya sukati den arrr nk tulis apa2 pun kannnnnn !!! HAHA..

Since yesterday, aku memang sakit kepala BERKEMUNGKINAN besar perut sudah masuk angin sebelum aku bersarapan pagi. Aku memang paling risau jika aku dalam keadaaan tidak selesa macam ni. Aku HARUS dan MESTI sihat dengan izin ALLAH agar aku dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab aku dengan lancar dan meneruskan VISI dan MISI aku yang sudah aku SETkan untuk aku laksanakan dengan JAYANYA. Dan aku dapat menggembirakan hati kedua2 PUTERA ku itu yang COMEL2 BELAKA. Doakan yer kawan2 ku yang BUDIMAN.. :-). Hopefully, cepat ler sembuh dari sakit2 ini. Berikanlah kesihatan yang baik untuk aku serta kaum keluargaku.

Aku ni poning. Dalam keadaan dilema dan rasa bersalah pun ada. Jiran aku datang jemput suami ke kenduri rumahnya dan PROBLEMnya tiada siapa yang bole menjaga anak2 ku malam ni. Babysitter memang dah awal2 bagitau dia ada hal malam ini. Should I DUTY Tonite @ Just Let Go my slot?.. Huhu.. Rasa RUGI pula tapi aku harus fikirkan hubungan KEJIRANAN aku jugak. Maybe I can't duty tonite. Tak nak ler aku menjadi orang yang pentingkan diri (SELFISH) pula. I still can THINK CAREFULLY before I do something.

GUILTY ?? Yerlah .. Sian Qayyum taw. Masa aku nk buka gril waktu nk keluar rumah terngah hari tadi untuk start enjin kete, kepalanya terhantuk ke gril sebab kejarkan aku. Takkan tak rasa bersalah dan KASIHAN padanya. Kalau korang SEDIH tak?.. Mestilah sedihkan, KALAU tak sedih tu memanglah TAKDE PERASAAN. Aku terus dakap, pujuk dan bagitau dier : -

"Along, Mummy harus kerja tau sebab nak cari rezeki untuk kita semua. Mummy nak beli susu dan pampers Along & Adik nanti. Ok, balik nanti Mummy bawa Qayyum & Adik gi McDonald eh, kita gi main gelongsor kat sana NAK tak?.."

Qayyum terus SENYUM tau dan aku tau dia MEMAHAMI apa yang telah aku katakan itu. Thanks Sayang. Mummy tak sengaja nak buat Along sedih, tapi percayalah Mummy harus berkorban masa, tenaga serta kudrat yang Mummy ada ini untuk tujuan yang MURNI.

Friday, December 17, 2010

~ Financial Awareness ~

"Financial Planning" is my favourite thing that I LOVE to THINK TO and DO. Weird huh? I love to make a budget planner and do the listing @ checklist earlier on whatever that had or will costs me in every single cents. BEFORE & AFTER, of course. Then I will find the differences between that and compared it carefully. After that only I can realize and aware how good is my budget that I had planned. And if I don't have enough budget for this time, then I will trying so hard to CHALLENGE myself that I can be at the level that I wanted to. I am always make a few plans and think it well before I want to do something in future. And I am always do the TRIAL n ERROR statistic calculation for it. STATISTIC, one of my favourite subject when I was studying in UKM completing my degree, a decade ago.

Actually, I love to do the checklist and find a good survey @ research in whatever I wanted to do in my whole LIFE. And I will make sure the FINAL RESULT wil be the perfect one. Eventhough it's NOT TOO PERFECT to others, but for me IT'S THE BEST I will deserve to. And, as long as I can afford it, I will manage it WELL and everything I had decided in my LIFE, and I feel I deserve the GOOD ones.

It's good, if the young generations aware and knows how to manage their financial requirements very WELL. "And my advise is to those people READ this page, YOU must always train yourself to DO THE BUDGET and MUST have a very serious FInancial Awareness in your life." With a very good awareness on this matter, you won't be suffering in the future because you have had a backup plan for it. Thus, make a saving as early as you can will make your life better and you will feel great when you can ESCAPE from a MESSY LIFE as well. TRUST ME ! Place your wealth @ MONEY into a different portfolio, e.g Unit Trust, Fixed Deposit Saving, ASB saving etc.

I am really PROUD & HAPPY with MYSELF very much. One more things, I LOVE MATHS !!! Hehe. Just wanna share my brilliant expertise that maybe NOT ALL people out there HAVE IT, right. And PLEASE DON"T BE SURPRISE guys, if I can remember your NUMBERS or anything related with that once I had locked it in MY MIND. Even my HUBBY was also too surprised with it. Alhamdulilah, I am GIFTED on it. Thank you, ALLAH. 

Okay, now nearly 12.30pm. About 10 minutes left is my LUNCH TIME. About 2 HOURS OKAY for today ! Huhu. I had something to eat on my table. THANKS to my dear friend, W Kartica for giving me the food. Thanks a lot coz u always remember me. :-).

Okay. I need to have some rest too. BYE !

Thursday, December 16, 2010

"Ayam Penyet @ Wisma Central"

Hari ini merupakan hari yang tidak terlalu memenatkan la pada aku. SEBABnya aku balik awal dari tempat kerja. Terbayangkan AARON, anak kedua ku yang tidak berapa sihat sejak 2 hari lepas. Bermula dengan selsema kerana berjangkit dari abangnya, QAYYUM tidak lama kemudian tiba2 sahaja suhu badanya meningkat panas sesangat. 2 malam aku berjaga menjaganya. Aku pun kurang rehat dan memang langsung tak dapat tdo. Demi anak2, AKU RELA. Semua kekuatan ini aku perolehi dari kuatnya kasih sayang aku pada mereka dan juga dengan izin ALLAH.

Semalam aku pulang, aku lihat badan2nya berbintik warna merah. Namun tidak nampak kesan nanah atau yang membahayakan. Mungkin kepanasan yang melampau membuatkan badan Aaron begitu. Air kelapa muda yang aku dok cari seluruh kedai di dalam perjalanan pulang pun TIADA. Tapi Alhamdulillah, kesihatan Aaron semakin baik. Semoga akan kembali pulih SEPENUHnya dengan segera. Kesian aku lihat. Suaranya serak dan bila menangis minta dipeluk, SAYU sungguh suaranya. Kedengaran amat MANJA dan menyentuh hati kecil ku ini. Daddy pun merasa yang sama. Qayyum pula semakin bijak sekarang dan sudah bole diharapkan. Aku lihat dia amat sayangkan Aaron benar cuma ada kalanya dia marah pada aku dan Daddy sebab ada masa2 tak lihat gelagat dier. Marah ler tu.

Dah 2 hari ni aku g makan di WISMA CENTRAL. Menu terbaru kegemaran aku untuk 2 hari ini iaitu "AYAM PENYET". Hehehe. Kelakarkan nama dier. Semalam lah FIRST TIME aku makan taw. So harini hari kedua laa. MURAH dan SEDAP pula. Ada nasi, ciliapi, ayam goreng yang dipenyet2kan serta SUP. Aku mintak 2 kali tambah sup kosong tu. Hehehe aku kan suker sup.

Okaylah Aku harus stop sekarang yer. Now dah masa untuk aku luangkan waktu bersama suami serta anak2ku. Sekarang sedang Buletin TV3 jam 8 malam la. 



JOM TENGOK BERITA

Selamat Malam... :-)

Wednesday, December 15, 2010

~ LOVE STORY ~

~ Taylor Swift ~

We were both young when I first saw you.
I close my eyes and the flashback starts:
I’m standing there on a balcony in summer air.
See the lights, see the party, the ball gowns.
See you make your way through the crowd
and say hello;
Little did I know
That you were Romeo; you were throwing pebbles,
And my daddy said, “Stay away from Juliet.”
And I was crying on the staircase,
begging you, ‘Please, don’t go.’
And I said,
“Romeo, take me somewhere we can be alone.
I’ll be waiting; all there’s left to do is run.
You’ll be the prince and I’ll be the princess
It’s a love story – baby just say ‘Yes.’
So I sneak out to the garden to see you.
We keep quiet ’cause we’re dead if they knew.
So close your eyes; escape this town for a little while.
‘Cause you were Romeo, I was a scarlet letter,
And my daddy said “Stay away from Juliet,”
But you were everything to me; I was begging you, ‘Please, don’t go,’
And I said,
“Romeo, take me somewhere we can be alone.
I’ll be waiting; all there’s left to do is run.
You’ll be the prince and I’ll be the princess
It’s a love story – baby just say ‘Yes.’
Romeo save me; they’re tryin’ to tell me how to feel.
This love is difficult, but it’s real.
Don’t be afraid; we’ll make it out of this mess.
It’s a love story – baby just say ‘Yes.’
Oh.
I got tired of waiting,
Wondering if you were ever comin’ around.
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town.
And I said,
“Romeo save me – I’ve been feeling so alone.
I keep waiting for you but you never come.
Is this in my head? I don’t know what to think-”
He knelt to the ground and pulled out a ring and said,
“Marry me, Juliet. you’ll never have to be alone.
I love you and that’s all I really know.
I talked to your dad, go pick out a white dress;
It’s a love story – baby just say ‘Yes.’
Oh, oh.
We were both young when I first saw you…

^^ Rintihan Hati ^^

Manusia kadangkala lupa akan setiap kejadian mereka di dunia ini. Mereka adalah sebaik2 makhluk ciptaan ALLAH. Mereka dikurniakan akal fikiran serta diberikan taraf KHALIFAH ALLAH. Sayang seribu kali sayang sekiranya kurniaan serta kelebihan yang diberikan oleh ALLAH kepada mereka tidak digunakan sebaik2nya untuk mendapatkan keredhaan dari ALLAH.

Benar dan tidak dapat disangkal di mana manusia tidak pernah lepas dari melakukan atau terdesak untuk melakukan kekhilafan. Namun begitu, seperti yang telah diutarakan terlebih dahulu tadi, mereka telah dikurniakan akal dan fikiran agar dapat berfikir dengan bijak dan berupaya membezakan perkara YANG BAIK dan YANG BURUK. 

Oleh yang demikian, aku menyeru dan suka ingin berpesan kepada semua teman2ku di luar sana dan juga mengingatkan diriku jua di sini agar sentiasa berusaha meningkatkan keinsafan diri sendiri diri serta dapat mengumpul sebanyak mana pahala yang bole diperolehi untuk bekalan kita di hari akhirat kelak. Keraplah beristigfar kepada ALLAH, memuji nama ALLAH dan tidak lupa taat dalam melaksanakan segala PERINTAHNYA dan meninggalkan segala LARANGANNYA. Kehidupan ini hendaklah berlandaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH.

Ya, ALLAH, tanamkanlah dalam diri kita dengan sifat yang terpuji serta jauhkan diri kami semua dengan orang2 yang kufur dan tidak berada di landasanMu, Ya ALLAH. Hindarkanlah kami dari orang2 atau sekutu2 yang suka memporakperandakan kebahagiaan kami, Ya ALLAH. Elakkanlah kami dari bertembung atau bertemu dengan orang2 yang bermuka2 dan suka berbuat DAJJAL dan dari orang2 yang BONGKAK dan SOMBONG dengan kelebihan yang mereka perolehi. 

Ya ALLAH, berikanlah aku kesenangan hidup yang sederhana sesuai dengan kehidupan impianku. Lapangkanlah dada dan hati kami, Ya ALLAH, murahkanlah rezeki kami, Ya ALLAH, lindungi dan berkatilah rezeki yang Engaku berikan kepada kami, Ya ALLAH.

Demi ALLAH, aku amat sayangkan kaum keluargaku. Aku amat menyayangi mereka yang ikhlas pada ikatan persaudaraan yang telah terjalin. Aku bermohon Engkau berikanlah kebahagiaan hidup pada ku serta anak2ku dalam menjalani kehidupan di alam ciptaanMu, Ya ALLAH. Amin..

Allahu AKBAR! Allahu AKBAR! Allahu AKBAR !

Tuesday, December 14, 2010

~ EMO ~

Aku ada terasa nak tergelak pun ada nih. Ntah dah kenapa la dengan si polan ni. Seharusnya kalau nak difikir dan ikut2kanlah kann, aku ler sepatutnya merasa risau dan berada di dalam situasi TEKANAN tapi sebaliknya pulak yang berlaku. Kelakar, kelakar, memang amatlah kelakar.

Orang kata, jika tiba2 je seseorang tu HANGIN (tak semena2 la), dan berkelakuan atau reaksi agak pelik, SAH lah orang tu sudah melakukan KESALAHAN. Di mana pada mulanya, mahu membuat penipuan namun ALLAH tu Maha Agung. DIA amat mengasihi umatnya yang sentiasa tertindas ini dan diberikan kepadanya suatu CAHAYA agar membongkar dan MENYULUH PEMBOHONGAN yang sedang terjadi.

Mudah2an orang2 yang berkenaan tu, SEDARlah dari terus2an melakukannya. Sesungguhnya ALLAH membenci orang yang suka berBOHONG kerana ia persamaan bagi orang2 MUNAFIK. MasyaALLAH.

Okaylah kengkawan di blog kesayanganku ini, aku sebagai rakan MAYA kepada korang2 sume, ingin selalu berpesan. Kata-kata dan pesanan ini padaku besar maknanya.. So hayatilah dan peganglah ia.


Wallah hu alam.

Monday, December 13, 2010

~ Jiwa Kacau ~

Pagi ni aku agak letih. Malam tadi tak dapat tdo lena. Sebab aku harus menjaga Aaron yang demam panas. SUHU sudah mencecah 39 darjah. Uiiit. tinggi tu. Man aku tak risau ler... Mungkin disebabkan oleh selsema. jangkit dari abangnya, Qayyum, then ia melarat sampai panas badannya. Aku ni pun dh mula bersin2 aje di ofis pagi ni. Meleleh2 aje daa. means dah kena juga jangkitan dari anak2 ku ini. Influenza la.Tak senang nk wat kerja. Dengan fikiran dan hati yang rasa terganggu sket sebab memikirkan keadaan Aaron sekarang. Dah ler gigi aku stil ada rasa denyut2 jugak kadangkala  Mungkin perlu amik masa kot urat2 ni nak kembali baik seperti sediakala. Actually takde la sakit macam last week. After cabut dh ok pun. Cuma gigi2 aku yang tinggal ni perlukan MASA untuk kehilangan rakan yang dok di belakang tuuu. hehehe..

Dun worry, YANG PATAH AKAN TUMBUH, YANG HILANG AKAN BERGANTI.. so YANG HIDUP PANDAI2LAH BERDIKARI yerrrrr 

~ inFLUenza OH inFLUenza ~
SHHUUUUH ! gi jauh2 eh dari kami semua..

Aku lewat ke ofis pagi tadi. Aku gerak lewat. Bila aku dah pastikan Aaron benar2 dh pulih dan bole ditinggalkan dengan babysitter, dan suhu badannya juga sudah kembali ke tahap normal, then only aku buat keputusan untuk ke tempat kerja. Yelah anak sakit macam tu mana tak risau. Aku pun pesan pada bbysitter if anything cepat2 bagitau aku. Risau juga jika panasnya kembali semula kan. Aku dapat ERL jam 8 pagi. So tiba ofis lebih kurang jam 9 pagi la camtu. Mujurlah kerja aku dh selesai petang semalam. So pagi ni aku hanya compile dan buat binding elok sket la untuk diberikan pada bos. Baru tampak kemas dan tersusun kan.

Okayla. Aku ni belum wat air panas lagi. Dahaga pula tekak ni. Aku menulis ni rasa macam bercakap ajer. Tu rasa kering semacam jerrrr. Hehehe..

JOM MINUM DULU !!!

andai ler dapat Coffee McD bestnyer.. BIE, mai secawan!!. hehehe