Friday, December 24, 2010

~ $$$$$ ~

Money, Wang, Chien, Pulus. 

Sama je la maksud semuanya tu. Kerana IA, manusia bole jadi SERONOK pun ada. GILER pun ada, Nak MAMPUS pun ada, RISAU pun ada, jadi BONGKAK pun ada, jadi PEMURAH pun ada, jadi LUPA DARATAN pun ada. Dan MACAM-MACAM la ada. Hehehe.

Payah jerih kita mengejar dan berusaha mendapatkan & mencarinya, semata2 untuk menutupi segala hutang piutang bulanan, namun masib belum mampu untuk merasa ianya mencukupi. Ada orang banyak wang, DIBUANG2. Ye lah dah banyak sangat, semua di tabur ke orang. Suddenly, bila mereka dah jatuh susah, entah mana kengkawan atau "ORANG2" yang mendapat taburan wang tadi kan.. Lenyap, senyap dan hilang entah ke mana. 

Pada aku, kita perlu baik HATI dan KESIAN pada diri kita sendiri dulu. Fikir tentang keperluan dan apa yang kita harus miliki sebelum ianya lenyap. Berbuat baik kepada orang perlulah berpada2 kelak jika dah terlebih baik pada orang, hurrrm hampeh ler jawapannya. Manusia ni kan ada macam2 karenah. Bermuka2 dan suka benar jadi TALAM.

Tanggungjawab pun perlulah DIUTAMAKAN lebih2 lagi yang sudah mempunyai famili dan even sebagai anak juga harus mempunyai kesedaran dan niat untuk membantu keluarga. Jangan pula bila dah SENANG dan DUIT MELIMPAH RUAH ke badan, lupa daratan pula kan. Silap2 tak kenal saudara taw. 

Okayla. Aku kalu nak citer pasal WANG ni memang tak akan habis. Banyak maklumbalas yang aku terima melalui perbincangan dengan kawan2 dan teman2 siber mengenai perkara ini. Banyak betul pengalaman2 yang diterima dari mereka untuk ku jadikan teladan dan sempadan dalam aku mengharungi kehidupan yang amat luas ini.

Therefore, sebagai seorang ibu, bapa, anak, atau juga sebagai ahli masyarakat lah secara UMUMnya, kita seharusnya mempunyai nilai moral yang amat tinggi tentang kesedaran berkaitan perkara ini. Perlulah ada kerjasama di dalam satu famili untuk menyelesaikan masalah terutamanya "WANG". Kadangkala kerana WANG, famili juga bole musnah. Kawan2 juga bole bertukar menjadi LAWAN. Suka juga bole bertukar menjadi DUKA.

WANG oh WANG, mengapalah engkau ini WUJUD?

No comments:

Post a Comment