Wednesday, December 22, 2010

~ Ceritera + Mesej ~

Salam buat semua pelayar2 blogku ini. Selamat pagi. Harini aku tiba ofis hampir jam 8.15 pagi. Lewat 15 minit la kan. Mujur 15 minit, jika lebih dari itu, aku harus membuat penjelasan detail lah pulak dalam sistem "timetrack" nanti. Sejak akhir tahun lepas, syarikat tempat aku bekerja ni, melaksanakan sistem IPTimeTrack untuk mengawal pergerakan keluar masuk setiap pekerja. So, their boss will know how many hours, they were in the site (office) rather than outside. Jika pekerja tersebut memang banyak urusan di luar (macam aku ni), so ok la kan sebab aku ada alasan yang munasabah dan dah memang kerja aku macam tu kan.. I REALLY LIKE IT. Hehe.

Alhamdulillah, aku gembira dengan kerja aku sekarang walaupun ada kata2 dan langau2 yang membingitkan kepala hotak aku ni dan dok sibuk nak jaga tepi kain orang. Jaga diri sendIri sudahlah. Sibuk jer nak ganggu periuk nasi orang. Aku yakin akan rezeki dan peluang yang ALLAH berikan kepada setiap umatnya especially kepada AKU. Thank you, ALLAH. Amin YA ALLAH, sebab aku tak pernah mengeluh dengan kerja2 yang diberikan kepada aku ini. Kerana ia adalah punca rezeki aku. Malah ia membuatkan aku lebih bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan, sedangkan ramai lagi graduan2 di luar sana yang masih tercari2 pekerjaan yang sesuai dengan mereka. Aku merasa setiap masa2ku lebih terisi dengan kerja2 yang telah diamanahkan kepadaku.

Aku bangga pada diriku kerana masih mampu dan bole berdiri dengan sendiri tanpa perlu mendapat belas ikhsan orang lain. Memang payah nak mendapat pekerjaan di zaman ini. Majikan dengan macam2 kriteria yang pelik2 yang mereka inginkan selain ada jugak yang memohon pekerjaan menggunakan kroni2 mereka untuk mendapat pekerjaan yang baik. Ntah la, tak pandai pulak aku nak guna2kan kawan2ku yang sudah berada di peringkat yang tinggi2. Better aku berusaha dengan cara aku sendiri, kerana ia lebih memberikan kepuasan yang amat INDAH kepadaku.

Buat pengetahuan rakan pelayarku, ramai rakan2 se"graduan" & se"sekolah"  denganku di luar sana yang mempunyai profession yang bagus2 dan ada di kalangan mereka adalah, ahli politik, ahli perniagaan, pensyarah, pengurus bank, guru, pakar motivasi dan macam2 lagi la. Walaupun pekerjaan aku tidak sehebat mereka semua, namun aku amat bersyukur dan gembira dengan apa yang telah aku perolehi. Yang paling penting kita perlulah pandai memanfaatkan segala kebolehan dan kepandaian yang ada dalam diri kita.

Ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku dalam diri dan sepanjang perjalanan hidup kita. Allah telah mengurniakan kebijaksanaan dan kekuatan dalaman dan luaran kepada diriku untuk terus menikmatinya dengan penuh rasa syukur. Setakat ini aku telah mencapai 6 sasaran aku dari 10 sasaran yang telah aku tetapkan sejak aku melangkah keluar dari pusat pengajian tinggi dan menuju ke alam pekerjaan. Kepayahan aku memperolehi pekerjaan yang aku impikan TIDAK MENJADI PENGHALANG kepadaku untuk mencapai cita2ku yang telah aku rancangkan sekian lama.

Aku yakin lama kelamaan aku akan mecapai semuanya dengan hasil usaha aku sendiri tanpa perlu begantung kepada orang lain.


MESEJ buat putera2 kesayanganku,
QAYYUM & AARON
  • Yakinlah pada kekuatan dan kebolehan diri kalian,
  • Serlahkannya dan percaya kepada kekuasaan ALLAH s.w.t.
  • Jadilah manusia yang berguna & kehadiranmu memberikan kesenangan kepada semua.
  • jada diri dan hiasi peribadimu dengan sifat2 terpuji dan sayangi diri kita & don't give up.
  • Berusaha adalah tangga kejayaan dengan diiringi DOA.
  • Berjalanlah di muka bumi dan layarinya dengan berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
  • Nescaya hidupmu bahagia DUNIA & AKHIRAT.
  • Mummy amat sayangkan kalian berdua dan sentiasa mendoakan kebahagiaan anak2 Mummy.
For today's breakfast, I'm having a mug of Hot Nescafe + Hot Tuna Sandwich this morning. Jom sarapan.

No comments:

Post a Comment