Thursday, December 23, 2010

~ Migraine oh Migraine ~

Salam Muhibbah untuk semua pengunjung setia blogku ini. Hari ini aku tampak segar dan kembali sihat seperti sediakala.


Aku nak share satu artikel tentang migrain. Sila baca untuk pengetahuan anda.

Artikel Penyakit Migrain
*********************************************************
A migraine is a very painful type of headache. People who get migraines often describe the pain as pulsing or throbbing in one area of the head. During migraines, people are very sensitive to light and sound. They may also become nauseated and vomit. Migraine is three times more common in women than in men. Some people can tell when they are about to have a migraine because they see flashing lights or zigzag lines or they temporarily lose their vision. Many things can trigger a migraine. These include
  • Anxiety
  • Stress
  • Lack of food or sleep
  • Exposure to light
  • Hormonal changes (in women)
Doctors used to believe migraines were linked to the opening and narrowing of blood vessels in the head. Now they believe the cause is related to genes that control the activity of some brain cells. Medicines can help prevent migraine attacks or help relieve symptoms of attacks when they happen. For many people, treatments to relieve stress can also help.


Source :
NIH: National Institute of Neurological Disorders and Stroke

******************************************
"Migraine" datang lagi semalam. Aduiii begitu siksanya aku nak tanggung kesakitan itu. Dulu sewaktu aku di bangku sekolah, penyakit ini memang menjadi temanku selalu. Aku risau dengan situasi yang sedemikian. Siapa yang suka SAKIT? Gila arrrr. Semua orang nak sentiasa sihat dan ceria untuk menikmati keindahan dan menjalani kehidupan di alam ciptaan ALLAH yang indah ini. Rugi laa kalau orang yang asyik kerap sakit aje kan. Tak berbaloi langsung arrrrr.

Walaupun kesakitan ini tidak kita pinta sekalipun, jika ianya datang tentu ada hikmah dan alasan disebaliknya. Yer la. Semalam aku memang ada bawa sebuku roti di ofis dan tuna. Aku plan tak nak beli sarapan di luar la sebab sayangkan roti yang ada. Aku bawa roti tu dari rumah. Sebab di rumah tiada sapa yang dapat menghabiskan, so better aku bawa ke ofis kan, daripada ianya MEMBAZIR dan akhirnya tempatnya di TONG SAMPAH. Sian kan. Bila tiba ofis, aku pun bakar la roti tu buat sandwich tuna, tapi entah tiba2 selera ku hilang. Apalagi, memang tak habislah roti yang aku buat pagi tu.

Kemudian aku terus menaip dan terus menaip untuk menyiapkan tugasan yang perlu ku sediakan untuk boss baruku. Sebab nanti diorang suma dah mula cuti. Al-maklumlah cuti akhir tahun, masing2 sudah dengan perancangan mereka meluangkan masa bersama famili sebelum anak2 mereka mula sekolah awal tahun depan. Bila tiba hampir jam 1 petang (my lunch hour), aku dapat rasakan angin di perutku dan sudah naik ke kepalaku. Aku dah agak dan begitu yakin yang MIGRAINE akan menyerang aku hari ini, for sure. And it's happened.

Memang la tidak dapat disangkal, ia datang lalu terus menangkap kepalaku dan aku jadi tidak keruan. Gelisah. Kerap aku ke bilik air. Kepala dan pandangan aku berat sekali. Adui Ya ALLAH, bantulah hambamu ini. Aku tak larat untuk menanggungnya saat ini. Berilah aku kelonggaran dari menerima dugaan ini sekarang. Waktu itu, aku membayangkan Qayyum & Aaron di benak fikiranku. Kasihan mereka berdua jika sakit aku ini tidak berkurang bila aku tiba di rumah nanti. Mereka perlukan perhatian aku dan kasih sayang aku yang tak berbelah bagi. Aku HARUS dan MESTI shat untuk bersama2 mereka. Aku akui dan sedar, masa aku tidak banyak bersama mereka. Aku harus berjuang untuk diriku dan anak2ku agar mereka mendapat keselesaan hidup. Banyak perkara yang bermain di fikiran ku. Dan oleh sebab itu, aku harus bekerja dengan bersungguh2 untuk kebahagiaan mereka.

ALHAMDULILLAH, syukur aku panjatkkan kepada ALLAH s.w.t kerana telah memakbulkan doakan semalam. Aku beransur sihat malam tadi. Dan MOOD aku juga okay tau sekarang.

Pagi ini aku menikmati sarapan yang sihat "White Sandwich + Soya Milk". Aku beli di Rotiboy. Kos hanya RM4. Murah harganya pada aku berbanding jika aku bersarapan di RASA Food di Level 4 tu laa kan. Amin, kenyang aku pagi ni. Ianya  murah dan amat sihat untuk aku. Dan sekarang aku dapat memulakan kerja dengan baik dan lancar. Yang penting aku SIHAT. Dan moralnya aku harus menjaga kesihatanku  baik2 demi mendapatkan kesejahteraan hidup yang aku idam2kan.

JOM sambung kerja.. !!!

No comments:

Post a Comment