Saturday, December 11, 2010

~ ULAM OHH ULAM ~

Sekadar ingin berkongsi maklumat tentang ULAM-ULAM yang aku gemari. Mempunyai banyak khasiat dan PENAWAR bagi sesetengah penyakit.

JOM AMBIL TAHU !!!



PETAI


PETAI : Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsiumfosforuszat besi,vitamin AB1B2 dan CSebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawatpenyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.


KERDAS


KERDAS atau nama saintifiknya ialah archidendron bubalinum merupakan sejenis buah yang sering dijadikan sebagai ulam serta dimakan bersama nasi. Ianya mengeluarkan bau yang agak kuat sama seperti ulam petai atau jeringPokok Kerdas merupakan sejenis pokok berkayu, saka dan malar hijau. Kulit kerdas agak keras dan liat serta mempunyai saiz memanjang dan isi di dalamnya berulas-ulas. Ulas isinya agak kecil di antara (10mm-15mm) dan ianya berkulit nipis sama seperti kulit isi jering. Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini jika sudah tua atau disimpan lama warnanya akan menjadi kehitaman dan jika isinya masih muda atau baru dipetik ianya bewarna kuning pucat (keputih-putihan). Daun pokok kerdas ini bertekstur nipis dan lembut daun mudanya pula bewarna unggu. Kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan. Baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini. Kerdas ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan.


JERING

JERING mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

No comments:

Post a Comment