Tuesday, December 07, 2010

~ 1 Muharam 1432 ~

Selamat Tahun Baru &
Selamat Menyambut Maal Hijrah..
Kalendar Tahun Islam.

07 December 2010 @ 1 Muharam 1432

"I Muharam Detik Permulaan..
Pengiraan Tahun Islam Hijrah..
Penghijrahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah..."

Masih teringat2 lagi lagu2 ini berkumandang setiap tahun kita menyambut Tahun Baru ISLAM.. Aku juga ada sejarah dengan lagu ni. Masa tu aku baru berumur 13 tahun. Kami sekampung ada mengadakan satu majlis sambutan Maal Hijrah di Kampung Pertanian. Masjid kami tu meriah betul. Aku dan rakan2 sebayaku mengambil peluang dan bahagian untuk membuat persembahan pada malam sambutan tahun tersebut...

Hehe yang bestnyer aku jadi SOLO.. masatu kami buat persembahan nasyid.. dan lain2 pun bermarhaban laa. Memang amat seronok. Semua tu kenangan aku semasa di bangku sekolah lagi dan kenangan bersama teman2. Sekarang ni mereka semua dh berkeluarga dan mungkin ramai yang tidak lagi tinggal di kampung lagi. Masing2 dengan haluan dan keluarga masing2

Seperti aku juga. Aku sudah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pengalaman yang lebih lagi dalam hidup aku. Sekarang aku juga sudah berkeluarga dan telah dikurniakan 2 HEROES (anak lelaki) yang menjadi  peneman aku. Mudah2 bole menjaga aku kelak. 

Aku harini dh bangun seawal pagi. SEBABnya aku harus mengambil ubat ON TIME. Aku sakit GIGI daaa. Ingat kan aper. rupanya GIGI BONGSU aku nak tumbuh daa. Aku semalam ke Ampang Park ke Jasa Dental Clinic .. aku mmg dh tak tahan. Tak pernah2 aku camni. TU aarr nampak benar aku ni MUDA lagi kan. Klu aku citer kat Hubby aku ni mesti dia JELES lagi,.. Hehehe.. Tak nk terima kenyataan yang aku ni tampak sentiasa muda dan anggun. hehehe. Buat pembaca pun janganlah MARAH yer. Hidup kita ni mesti HAPPY dan usah dihiraukan dan TOLAK TEPI jer perkara2 yang MENYEDIHKAN.. Buang masa kan.. Baik kita fikir camne nak sentiasa bahagia JIWA & RAGA.. Huhu :-)

Okla. Aaron tu dh tdo. Ni nk lelapkan yang sulong tu plak, Si Qayyum ler.. saper lagi.. Okay selamat BERHIJRAH minda dan tindakan kita ke arah kebaikan & buatlah perkara baik sebanyak mungkin.. 

No comments:

Post a Comment