Wednesday, December 15, 2010

^^ Rintihan Hati ^^

Manusia kadangkala lupa akan setiap kejadian mereka di dunia ini. Mereka adalah sebaik2 makhluk ciptaan ALLAH. Mereka dikurniakan akal fikiran serta diberikan taraf KHALIFAH ALLAH. Sayang seribu kali sayang sekiranya kurniaan serta kelebihan yang diberikan oleh ALLAH kepada mereka tidak digunakan sebaik2nya untuk mendapatkan keredhaan dari ALLAH.

Benar dan tidak dapat disangkal di mana manusia tidak pernah lepas dari melakukan atau terdesak untuk melakukan kekhilafan. Namun begitu, seperti yang telah diutarakan terlebih dahulu tadi, mereka telah dikurniakan akal dan fikiran agar dapat berfikir dengan bijak dan berupaya membezakan perkara YANG BAIK dan YANG BURUK. 

Oleh yang demikian, aku menyeru dan suka ingin berpesan kepada semua teman2ku di luar sana dan juga mengingatkan diriku jua di sini agar sentiasa berusaha meningkatkan keinsafan diri sendiri diri serta dapat mengumpul sebanyak mana pahala yang bole diperolehi untuk bekalan kita di hari akhirat kelak. Keraplah beristigfar kepada ALLAH, memuji nama ALLAH dan tidak lupa taat dalam melaksanakan segala PERINTAHNYA dan meninggalkan segala LARANGANNYA. Kehidupan ini hendaklah berlandaskan AL-QURAN dan AS-SUNNAH.

Ya, ALLAH, tanamkanlah dalam diri kita dengan sifat yang terpuji serta jauhkan diri kami semua dengan orang2 yang kufur dan tidak berada di landasanMu, Ya ALLAH. Hindarkanlah kami dari orang2 atau sekutu2 yang suka memporakperandakan kebahagiaan kami, Ya ALLAH. Elakkanlah kami dari bertembung atau bertemu dengan orang2 yang bermuka2 dan suka berbuat DAJJAL dan dari orang2 yang BONGKAK dan SOMBONG dengan kelebihan yang mereka perolehi. 

Ya ALLAH, berikanlah aku kesenangan hidup yang sederhana sesuai dengan kehidupan impianku. Lapangkanlah dada dan hati kami, Ya ALLAH, murahkanlah rezeki kami, Ya ALLAH, lindungi dan berkatilah rezeki yang Engaku berikan kepada kami, Ya ALLAH.

Demi ALLAH, aku amat sayangkan kaum keluargaku. Aku amat menyayangi mereka yang ikhlas pada ikatan persaudaraan yang telah terjalin. Aku bermohon Engkau berikanlah kebahagiaan hidup pada ku serta anak2ku dalam menjalani kehidupan di alam ciptaanMu, Ya ALLAH. Amin..

Allahu AKBAR! Allahu AKBAR! Allahu AKBAR !

No comments:

Post a Comment