Thursday, December 16, 2010

"Ayam Penyet @ Wisma Central"

Hari ini merupakan hari yang tidak terlalu memenatkan la pada aku. SEBABnya aku balik awal dari tempat kerja. Terbayangkan AARON, anak kedua ku yang tidak berapa sihat sejak 2 hari lepas. Bermula dengan selsema kerana berjangkit dari abangnya, QAYYUM tidak lama kemudian tiba2 sahaja suhu badanya meningkat panas sesangat. 2 malam aku berjaga menjaganya. Aku pun kurang rehat dan memang langsung tak dapat tdo. Demi anak2, AKU RELA. Semua kekuatan ini aku perolehi dari kuatnya kasih sayang aku pada mereka dan juga dengan izin ALLAH.

Semalam aku pulang, aku lihat badan2nya berbintik warna merah. Namun tidak nampak kesan nanah atau yang membahayakan. Mungkin kepanasan yang melampau membuatkan badan Aaron begitu. Air kelapa muda yang aku dok cari seluruh kedai di dalam perjalanan pulang pun TIADA. Tapi Alhamdulillah, kesihatan Aaron semakin baik. Semoga akan kembali pulih SEPENUHnya dengan segera. Kesian aku lihat. Suaranya serak dan bila menangis minta dipeluk, SAYU sungguh suaranya. Kedengaran amat MANJA dan menyentuh hati kecil ku ini. Daddy pun merasa yang sama. Qayyum pula semakin bijak sekarang dan sudah bole diharapkan. Aku lihat dia amat sayangkan Aaron benar cuma ada kalanya dia marah pada aku dan Daddy sebab ada masa2 tak lihat gelagat dier. Marah ler tu.

Dah 2 hari ni aku g makan di WISMA CENTRAL. Menu terbaru kegemaran aku untuk 2 hari ini iaitu "AYAM PENYET". Hehehe. Kelakarkan nama dier. Semalam lah FIRST TIME aku makan taw. So harini hari kedua laa. MURAH dan SEDAP pula. Ada nasi, ciliapi, ayam goreng yang dipenyet2kan serta SUP. Aku mintak 2 kali tambah sup kosong tu. Hehehe aku kan suker sup.

Okaylah Aku harus stop sekarang yer. Now dah masa untuk aku luangkan waktu bersama suami serta anak2ku. Sekarang sedang Buletin TV3 jam 8 malam la. 



JOM TENGOK BERITA

Selamat Malam... :-)

No comments:

Post a Comment