Saturday, December 25, 2010

~ Ya ALLAH, please help ME ~

Ya ALLAH ! Ya Tuhanku Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala sesuatu yang wujud di muka bumi ini. Lemahnya dan luluh jantungku harini. Belum selesai masalah yang sediaada, muncul pula satu lagi masalah baru. Terpaku dan terduduk aku melihatnya. What will happen to my life after this, and I still keep thinkin' and thinkin'. But there's still no PERFECT answer given to me. Oh my GOD.

Betapa besarnya dugaan yang Engkau berikan kepadaku saat ini. Pada ketika ini, JIWA & HATIKU bergelora, terkedu, kecewa, hampa, sedih, separuh giler, memberontak, patah hati NAMUN bila aku sedar akan kekuasaanMu tentang DOA yang bakal Engkau makbulkan kepada sekian umatMU yang tak jemu2 bermohon padaMu, AKU JADI lebih KUAT dan TABAH dengan setiap dugaan dan cabaran olehMu. Aku jadi lebih YAKIN akan setiap JANJI2 yang telah Engkau berikan kepada makhluk ciptaanMU yang sentiasa mengingatiMU dan tak henti2 begitu kagum dengan kekuasaanMu, Ya ALLAH.

Rasa tak tertanggung dengan semua yang telah berlaku. Dan entah apa yang bakal berlaku pada esok hari pula. Fobia akan kejutan2 yang aku perolehi. Apakah dugaan ini akan berterusan. BenarKAH Engkau akan memberikan aku SINAR & PELANGI setelah Engjau menguji serta memberikan aku dugaan2 yang amat dahsyat ini kepada hambaMu yang amat kerdil ini padaMu. Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan diri agar aku dapat menjalani segala ujianMu ini dengan tabah tanpa ada rasa KELUHAN kepadaMu. 

Aku percaya akan Qada' dan Qadar ALLAH. Aku percaya akan tiap Rukun Iman yang 6 itu. Jauhilah diriku dari makhluk2 di alam ku atau di luar alam ku yang akan mengganggu-gugat ketenangan hatiku dan anak2ku, agar aku bisa bekerja semata2 berniat untuk mencari rezeki khususnya untuk ANAK2ku. Mummy amat sayangkan kalian berdua. Tolonglah fahami niat Mummy ini wahai anak2ku. Percayalah. Jika Mummy marah itu semuanya kerana Mummy ingin mengajar anak2 Mummy agar lebih menghormati dan mendengar kata orang yang lebih tua. Mummy tak mahu anak Mummy menjadi pemalas, kurang ajar dan tidak mengenang budi. Mummy mahu anak Mummy sedar dan mengetahui betapa sukarnya Mummy mengharungi kehidupan ini. Kerana hidup kita umpama roda sayang. Adakalanya di atas dan adakalanya di bawah. Hidup tak semestinya indah senantiasa, namun kita sebagai manusia dan Mummy selalu ingin berpesan agar anak2 Mummy menjadi manusia yang berguna dan boleh berdikari dan mampu menjalani kehidupan ini kelak dengan baik tanpa bantuan dan bergantung kepada orang lain. Jadilah manusia yang berMARUAH dan jangan sekali2 menjual maruah dan jagalah keperibadian kita dengan baik. Paling penting jadilah seorang yang BERTANGGUNGJAWAB. Kerana tanggungjawab itu amat besar nikmatnya jika kita dapat melaksanakannya dengan sempurna walaupun tidak sesempurna yang diidamkan.

Berpada2lah berbuat BAIK kepada orang, dan JANGAN sekali2 berbuat JAHAT. Tidak rugi kita sentiasa ringan tulang, sentiasa mengukirkan SENYUMAN walaupun dalam hati kita terluka, menghormati orang yang lebih tua, sentiasa memulakan segala pekerjaan dengan kalimah BISMILLAH. Niatkan segala dengan niat yang baik kerana ALLAH nescaya ALLAH akan membalasnya dengan sesuatu kebaikan yang tidak kita jangkakan, sayang. Cubalah sembunyikan kedukaan kita daripada orang, kita jangan sekali2 mengharapkan ikhsan dan simpati dari orang. Usahalah sendiri. Kerana usaha itu TANGGA KEJAYAAN sayang.

Mummy harap anak2 Mummy akan mendengar kata2 serta nasihat Mummy ini. Semoga segala yang BAIK dijadikan teladan dan yang JAHAT mintak dijadikan sempadan.

No comments:

Post a Comment