Thursday, November 11, 2010

Thanks my Friend.

[animated+thank+you+greeting+card.gif]
Special Thanks to M Suhaimi Yasok for letting go his double slots to ME for this upcoming concert on 14th November 2010 (this Sunday). It's back again guys.. "Family Fun Day" concerto with title THE MAGICAL SHOW..yeahhhh   :-). I had asked the Box Office yesterday..nak taw tiket dah SOLD OUT pun.

Alhamdulilah. This months my slots more than last month. Bak kata pepatah "Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di CARI pula". Hehehe aku memang tak suker cari musuh.. nak cari kengkawan. Lebih best jika dapat cari kengkawan yang bole jadi SAHABAT sejati la kan. Tak nak la yang kawan makan kawan. Macam yang mak aku selalu sebutkan peribahasa ni "Pepat DiLuar, Runcing Di Dalam"..

Haaa korang taw tak maksudnyer. Hurrrm lebih kurang arr dengan peribahasa "seperti Gunting dalam Lipatan".. Tu ditujukan KHAS buat orang2 yang mengamalkan sistem "BACKSTABBER" laa. Macam kuih TALAM jugak la. Ada la aku kenal SEORANG manusia yang beginilah perangai dier. Hiss sungguh tak disangka. Jika korang tengok pun sesungguhnya korang takkan mempercayai kata2ku ini. Muka tampak je BAIK. baru je beberapa tahun ni nak jadi solehah tapi perangai NAUZUBILLAH. Namun sejarah hidupnya dari orang yang telah mengenalinya serta rakan2 sekitarnya membuatkan aku tertanya. Dan bila aku bertemu orangnya secara LIVE, my instinct telah memberi signal "IA BENAR" dan mengIAkan apa yang telah aku dengar selama ini. Dan terbukti setelah aku kenal dengannya. Bahaya taw.. Baik korang sentiasa berhati2. Bole berkawan namun BERPADA2 la selalu yer.

Aku memang selalu berdoa pada ALLAH semoga aku serta anak2 aku dijauhkan dari ORANG INI. heheh. Saspe yang terasa tu agaknye ekkkkk !!!! Huhu.. So Mudah2an ALLAH memberikan HIDAYAH kepada orang ini dan sesape jugak le yang ada setakat ni berperangai ini. Aku tidak mahu bermusuh dengan sesape pun dalam DUNIA yang cukup indah ini, namun pada aku cukuplah sekdar jika aku DIJAUHKAN dari spesies orang-orang ini.

Pesanan ikhlas dari ku
buat teman2ku sekalian :

Berhati2 apabila berkawan dan sentiasa amalkan hidup bersederhana. Murahkan senyuman dan bersihkan hati dari hasad dengki dan BONGKAK. Sentiasa berbaik sangka pada orang walaupun mereka mempunyai niat yang jahat terhadap kita. Namun begitu kita perlu berWASPADA SELALU. Jangan terlalu mempercayai sesape pun 100%. Paling PENTING sentiasa percaya dan berdoa pada ALLAH s.w.t dan sesungguhnya DIA sentiasa melindungi kita apabila kita sentiasa mengingatiNYA selalu. Amalkanlah selalu AYAT KURSI dan  yakin pada kekuasaan ALLAH dan jangan sekali2 menyekutuNYA. Ikutlah ajaran AL-QURAN & As-SUNNAH. Pasti kamu takkan sesat di dunia ini.

JAGA DIRI HIASI PERIBADI !

2 comments:

  1. apapun..kdg2 manusia berubah.. diantara garisan payahnyer kebaikkan dan mudahnyer kejahatan. hari ini tidak sama dgn esok...begitu juga manusia lain.. suatu hari kita semua kan berubah.. kepda baik @ ke arah kejahatan,

    ReplyDelete
  2. TQ aida. Semoga kita ditetapkan iman dan dijauhkan daripada menghampiri kejahatan yang amat dahsyat dan didekati dengan perkara2 kebaikan dalam menjalani kehidupan kita seharian. Semoga famili kita dilindungi ALLAH s.w.t senantiasa.

    ReplyDelete