Monday, February 07, 2011

~ Ya ALLAH, it's too hard for me ~

Pusing kepala aku ni .. Fikir apa nk jadi pulok!!!.. What is going to happen tomorrow??/ Will anyone please tell me? There's no ANSWER. 

Nobody knows except ALLAH.

Ya ALLAH, ringankanlah bebanan di bahu ku ni.. Aku tahu yang Engkau memilih diriku untuk diduga zahir dan batin aku.. Aku tahu.. bahwa Engkau amat Mengetahui akan segala yang bakal berlaku.. Aku tahu.. bahwa Engkau amat menyayangi diriku.. Aku tahu. bahwa aku dipilih olehMu kerna aku adalah insan istimewa mendapat perhatian dari MU, YA ALLAH. Aku bersyukur kerana dengan dugaan2 yang tidak henti2 menimpaku ini telah membuatkan aku lebih kuat dan gagah dalam menghadapi tiap hari2ku yang mendatang. 

Aku menjadi lebih tabah dan tegar dengan apa jua perkara atau insiden yang akan aku alami kelak.. Namun aku tidaklah sehebat wanita2 lain yang telah Engkau pilih di zaman penghulu ULUNGku. Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda serta pengikut2nya amat kuat imannya dan begitu hebat keperibadian mereka. Aku hanya insan kerdil yang tidak cukup untuk dibandingkan dengan mereka2 yang terdahulu daripadaku.. 

Aku berada di dalam keadaan yang kurang sihat dan tidak berapa kuat ketika ini. Begitu banyak cabaran dan halangan di hadapan ku waktu ini. Kesusahan aku di saat ini membuatkan aku merasa amat lemah. 

Bebanan berada di mana2 di sekitar tubuhku.. Lemah longlai aku dibuatnya. Namun apabila kepulangan ku disambut oleh insan yang amat aku sayangi.. putera2 harapanku. Qayyum & Aaron. Aku jadi kuat sediakala. Bila terpandang wajah mereka berdua, aku hapuskan segala duka laraku seketika. Dan bakal aku fikirkan esok hari. 

Kasihan sungguh kepada anak2 aku yang terpaksa aku tinggalkan berjam lamanya bersama pengasuh mereka. Aku harap mereka faham kedudukan aku sekarang. Aku tidak bole bergantung harap kepada orang lain. HANYA aku yang bakal mengubah segalanya dan itupun dengan bantuan dariMU, YA ALLAH. Bantulah aku.. Bimbinglah aku.. berikanlah aku kesempatan menikmati keindahan serta kemanisan hidup bersama insan tersayangku. 

Mudah2an ALLAH perkenankan segala keinginan dan hasrat murni ku ini. Luhur dari lubuk yang paling dalam dari diriku. Wallahu alam...

No comments:

Post a Comment