Friday, January 07, 2011

~ Lebih Anggun & Bergaya 2011 ~

Salam & Hello..

Salam buat semua  yang sudi menjenguk blog aku ni. Lama tak lama gk ek aku tak update blog ni. Aku agak sibuk dengan tugas seharian.

Anak2 semakin membesar dan perlu banyak tumpuan kepada mereka. Walaupun aku begitu sibuk di pejabat, namun aku tetap meluangkan masa untuk bermain2 dengan mereka. Rasa rindu aku pada mereka tak dapat aku tafsirkan dan bayangkan. Kepada Mummy2, Mama2, Ibu2, Bonda2, Ummi2, Mak2 dan apa jua panggilan buat wanita yang sudah mempunyai cahayamata tentunya faham akan perasaan ku ini. Kamu sumer pasti sekarang sedang merindui anak2 mereka. Lebih2 lagi kepada anak2 yang byk keletah dan tiap gerak gerinya mencuti hati kita.. Nakla tu biasalah kan. Nak marah pun selalunya nya tak JADI., yelah.. Mana tak nyer.. budak2 skrg pandai plak amik hati Mummynya. Dh buat kita marha. pastu kuntumkan SENYUMAN paling manis dan menggoda.. macam nk ngorat plak.

Same goes to my kids. Aku agah sket..senyuman diorg tak TERTAHAN tu. Tergoda. HAHAHA. Macam mana lah aku tak teringat2 jer tiap masa kan.

I LOVE THEM VERY MUCH.

Aku berazam menjadi seorang MUMMY yang amat anak2 aku hargai dan ingati selalu. Mengingati AKU, dengan semua sifat2 yang seharusnya ada pada seorang Mummy la kan. Mummy yang BAIK, menjadi pendengar tuk segala masalah mereka, mendidik mereka dgn sehabis baik yang bisa aku lakukan, dan apa jua perkara yang dapat memberikan kebaikan di dalam kehidupan mereka. Aku tidak mahu ada paksaan ke atas mereka dan akhirnya hidup mereka menjadi kacau bilau dan tidak menentu arahnya. Aku selalu ingin pastikan hidup mereka bahagia kini dan akan datang. Kita tak tahu kan apa yang bakal terjadi esok. Kejap lagi pun tak mungkin kita tahu kan. Aku sentiasa berdoa agar anak2 aku dilindungi ALLAH setiap masa dan menjadi orang yang berguna. Dihormati orang dan mempunyai pekerti yang baik. Mudah2an segala doa aku dimakbulkan ALLAH. Amin Ya ALLAH.

Dan aku mahu  menjadi wanita Anggun, Bergaya dan sentiasa mempunyai hati yang bersih dan disukai orang. Aku tidak kisah jika orang tidak suka padaku, sebab kita tidak dapat memuaskan hati semua orang kan. Jangan hanya mendengar sebelah pihak. LIHAT dulu buruk diri dan jaga tepi kain sendiri aje .. Tidak perlula menjadi penyibuk untuk nak canang sume kisah tepi kisah orang lain. Jauhkanlah orang2 macam tu mendekati aku dan keluarga aku .. Amin... I can manage my life WELL dan without depending to others. InsyaALLAH dengan berkat keazaman dan kekuatan mental dan fikizal aku mampu mengharungi segalanya dengan kuat dan tabah.

Yesterday, ada satu berita baik untuk AKU. Thank you ALLAH. Aku ingin membahagiakan diri aku. Kita selalunya sering ingin membahagiakan orang lain sedangkan hati kita terbiar dan terluka kan. Kita perlu ada SELF-ESTEEM yang tinggi agar kita lebih  menghargai diri kita sendiri. Pamerkan segala kekuatan dan kepandaian yang kita miliki. Sentiasa berusaha agar kita dapat menjadi lebih baik dan baik lagi. Buang yang keruh ambil yang jernih. Yang penting YAKIN dan FOKUS pada matlamat yang tujuan hidup kita.

Uppps. panjang lebarnya kan catatan aku harini. Ini sajalah tempat aku nak luahkan sumer "rese" aku. And I feel better NOW. Alhamdulilah syukur. STOP now. Bye

No comments:

Post a Comment