Monday, November 15, 2010

Tercipta Untukku

Song from : UNGU featuring ROSSA

Dedicated to :
(special for Abang, Qayyum & Aaron)

Sayang, I DO LOVE YOU ALL

BABY! BABY! BABY!

Song from : JUSTIN BIEBER featuring LUCADRIS

Energetic and Simple.. I LIKE IT..

Friday, November 12, 2010

Jumaat yang Indah

Pagi ni, aku lewat bangun tapi mujurlah masih sempat aku nk kejar ERL sebelum jam 7 pagi. Memangler aku kelamkabut. Dengan anak2 pulak. 2 hero aku tu bole plak bangun waktu aku memang dah lambat. Blurr jap aku pagi tadi. Aku duk bawak gak Aaron berdekatan untuk aku nak iron baju  kerja pagi ni kat bilik sebelah. So senyap dah dier. Asalkan dapat tengok muka Mummy. Dah cukup baginya. :-).. Rindu Mummy ler tu. (sampai Daddy jeles. HAHA). Alhamdulillah. Nasib baik klu nak kena dukung alamat ler mmg tak sempat ler Mummy jawabnyer.

Tak lama Qayyum plak sedar dan merengek2. Tapi takde la kuat dia merengek dan dia mencari aku.. Aku dh buka pintu grill dan start enjin kete pun. Yang peliknya Qayyum tak pulak kejar kereta seperti selalu. Rupanya dia mencari adiknya. Dia mencari Aaron dalam babycot takde. Bila aku bertanya "Qayyum, anak Mummy ni cari siape. Cari adik ker?".. Dia pun kuarkan bunyi "hurmmm hmmm".. Ooo tul ler.. memang dia mencari Aaron LAH..!!! Huhu.. SURPRISE!!!. Sayang juga Qayyum dengan adiknyer. Dah pandai susukan adik tapi aku masih lagi perlu melihat dan monitor la. Tau ler budak2 dan Qayyum pun belum besar. Masih lagi kecil utk perkara sedemikian. Sampai nak dukung adiknya..

Dalam hati aku merasa agak lega apabila melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Qayyum pada adiknya, Aaron. Semoga mereka kerap bersama dan perhubungan mereka  bertambah erat dan mesra. Aaron pula suka bila abangnya mengagah2nya. Main "cak cak" lagi. Sampai terteleng2 dia melihat abangnya gerak ke sana ke mari.. Dan tampak "excited" sampai kedua-dua kaki dan tangannya seakan2 macam orang nak buat kuak lentang. hehehe..Macam nak berenang pun yerrr. hehehe..Apapun mudah2an anak2 ku ini membesar dan menjadi anak yang baik dan soleh. Hormat dan sayang pada aku seperti yang sewajarnya.

Ok la aku nak dirikan solat Zohor ni. Orang2 lelaki dah siap bersolat Jumaat tadi. Harini aku nak balik awal. Banyak kerja2 rumah aku masih tertangguh. Weekend ni aku kerja. So kena plan with my kids properly la..OKAY..

Thursday, November 11, 2010

Thanks my Friend.

[animated+thank+you+greeting+card.gif]
Special Thanks to M Suhaimi Yasok for letting go his double slots to ME for this upcoming concert on 14th November 2010 (this Sunday). It's back again guys.. "Family Fun Day" concerto with title THE MAGICAL SHOW..yeahhhh   :-). I had asked the Box Office yesterday..nak taw tiket dah SOLD OUT pun.

Alhamdulilah. This months my slots more than last month. Bak kata pepatah "Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di CARI pula". Hehehe aku memang tak suker cari musuh.. nak cari kengkawan. Lebih best jika dapat cari kengkawan yang bole jadi SAHABAT sejati la kan. Tak nak la yang kawan makan kawan. Macam yang mak aku selalu sebutkan peribahasa ni "Pepat DiLuar, Runcing Di Dalam"..

Haaa korang taw tak maksudnyer. Hurrrm lebih kurang arr dengan peribahasa "seperti Gunting dalam Lipatan".. Tu ditujukan KHAS buat orang2 yang mengamalkan sistem "BACKSTABBER" laa. Macam kuih TALAM jugak la. Ada la aku kenal SEORANG manusia yang beginilah perangai dier. Hiss sungguh tak disangka. Jika korang tengok pun sesungguhnya korang takkan mempercayai kata2ku ini. Muka tampak je BAIK. baru je beberapa tahun ni nak jadi solehah tapi perangai NAUZUBILLAH. Namun sejarah hidupnya dari orang yang telah mengenalinya serta rakan2 sekitarnya membuatkan aku tertanya. Dan bila aku bertemu orangnya secara LIVE, my instinct telah memberi signal "IA BENAR" dan mengIAkan apa yang telah aku dengar selama ini. Dan terbukti setelah aku kenal dengannya. Bahaya taw.. Baik korang sentiasa berhati2. Bole berkawan namun BERPADA2 la selalu yer.

Aku memang selalu berdoa pada ALLAH semoga aku serta anak2 aku dijauhkan dari ORANG INI. heheh. Saspe yang terasa tu agaknye ekkkkk !!!! Huhu.. So Mudah2an ALLAH memberikan HIDAYAH kepada orang ini dan sesape jugak le yang ada setakat ni berperangai ini. Aku tidak mahu bermusuh dengan sesape pun dalam DUNIA yang cukup indah ini, namun pada aku cukuplah sekdar jika aku DIJAUHKAN dari spesies orang-orang ini.

Pesanan ikhlas dari ku
buat teman2ku sekalian :

Berhati2 apabila berkawan dan sentiasa amalkan hidup bersederhana. Murahkan senyuman dan bersihkan hati dari hasad dengki dan BONGKAK. Sentiasa berbaik sangka pada orang walaupun mereka mempunyai niat yang jahat terhadap kita. Namun begitu kita perlu berWASPADA SELALU. Jangan terlalu mempercayai sesape pun 100%. Paling PENTING sentiasa percaya dan berdoa pada ALLAH s.w.t dan sesungguhnya DIA sentiasa melindungi kita apabila kita sentiasa mengingatiNYA selalu. Amalkanlah selalu AYAT KURSI dan  yakin pada kekuasaan ALLAH dan jangan sekali2 menyekutuNYA. Ikutlah ajaran AL-QURAN & As-SUNNAH. Pasti kamu takkan sesat di dunia ini.

JAGA DIRI HIASI PERIBADI !

Wednesday, November 10, 2010

helloo

Salam buat semua pembaca.

Pagi ni aku bangun agak lewat sket. So apa lagi kelam kabut ler pagi tadi aku bersiap macam "cartoon" daa. Lewat jugak aku masuk tdo malam tadi. Tak silap aku nearly jam 2 pagi (hurrrrm mmg patut arrr kan kan !). Actually semalam aku balik dari kerja awal .. huhu ngantok nyer pasal aku terus chow jam 5 dari office. Tiba umah biasalah nearly 630pm. Tu aku dah siap2 jemput Aaron ler. Hehehe,  bila aku tengok jer wajah si kecik tu sejuk hati aku beb.. Senyum ajer. bila tengok muker aku ni.. OF COURSE ler kan.. Mummy yang melahirkan dier.. tu yg bila nampak aku jer tak lepas2 pandangan mata dier memandang ke mana aje Mummy  bergerak.. Ibarat Daddy selalu rungut dan jeles tu youuu. "Alaaaaa, Aaron ni asyik nak ngorat Makwe Daddy ni.. tak kasi cannn langsung kat Daddy.. tak aci arrrr..mana bole".. Aku duk gelak aje. HAHA...Sayang BEBENOR yer Daddy kat Mummy ni ek. Yeke ?? Huhu.. Cian dier. Ala jgn risau .. "AKU kan dah jadi MILIKMU punnnn".. so u only have to take care of me and my kids LOTS MORE laaaahh.. Huissss alamak jiwang ler plak. shuh shuh. hehehe..

Malam tadi Daddy bawa kami anak beranak ke Dataran baru. pehh best tawww. Dalam kete mmg dh standby bola. Tapi beli gak bole plastik memandangkan Qayyum mudah sket nak tendang sbb agak ringan kan.. Malam2 main bola tengah2 padang. Tengok Daddy tertonggek2 duk mengelecek bola dgn Qayyum.. Pandai gak anak Mummy tendang bola ek.. Baguih baguih..Anak2 Mummy kena kenal dunia luar. So banyak pelajaran bole didapati dari aktiviti sihat macam ni. Aaron pulak sampai2 aje terlelap. Takper arr. Letih sangat tu. Lagipun biasalah baby lagi banyak tido kan. Yang penting anak Mummy sihat walafiat. Tu yang paling penting. Jika tak, Mummy tak senang hati. Kang time kerja pun Mummy tak selesa dan teringat2 pulak. Payahlah Mummy nak cari rezeki kan sayang....

Ok la. Aku ingat nak stop sekarang. Perut aku rasa tak selesa, macam kembung pulak. Nak gi cari minyak Mustajab semalam. Bagus taw.. ala2 berangin gitu..

OK. Tataaaaaa...
Glitter Graphics

Ngomel..

Salam ...

Petang2 begini aku rasa agak mengantuk. (Kurang tido).. Humm memang la. So maksudnya aku ni perlukan lebih masa rehat tak pun dapat tidur dengan nyenyak even 1/2 jam pun dah ok kan. Mungkin jadual kerja aku agak padat. Yer la my office works lagi.. then my duty at Dewan Filharmonik Orchestra lagi. Even my rest time was too short but actually i'm really happy doin' all this because it's my interest la.

Pagi tadi sebelum masuk ke tempat kerja aku terus ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di KL Sentral. Mujur ler SSM dah berpindah keseluruhannya di sini,so dekat lah untuk aku gi memandangkan ERL pun di stesen yang sama. Sebab tu aku perlu manage masa dan segala tugasan aku ni dengan baik so aku tak ler rugi masa, wang dan tenaga. Yang penting kita mesti bijak menguruskannya. Alhamdulillah aku dapat diberi peluang untuk uruskan proses serahsimpan mengikut jadual keselesaan aku. Afterall aku yang create all the forms and documents yang nak kena lodge ni.

Aku ni teringin nak further my studies in this secretarial matters, maybe more to compliance and advisor for company secretary studies. I need to be more alert and aware on the advertisements from SSM or news laa, OF COURSE. So that it kepf me informed kan.Seronok jer tengok rakan sebayakuyang berjaya dalam pekerjaan mereka. I'm too ambitious with this. Jika tak dapat jadi company secretary  pun takpe asalkan aku arif dan MASTER dalam tugasan seharian ku ini. Orang kata "EXPERIENCE" amatlah berharga. Moga2 ALLAH tajamkan fikiranku serta limpahkanku dengan otak yang geliga. Tujuan aku kerja ialah untuk  mencari pengalaman serta rakan2 baru. Jika hidup tanpa kawan tu orang GILER laa tu.. hehehe. Duk layan "dunia fantasi aje ciptaan sendiri aje laa".. kan kan .. :-P.. HAHA...

Aku ni layan ngantuk ni. Sebab tu aku amik masa untuk buat luahan rasa ni. :-D... okay kan..
Mulanya aku nak balik awal ni, tapi tak jadi la kot sebab aku rasa nk balik rehat lebih sket laaa. Di samping tu, dapat ler aku main2 ngan anak2. Sekurang2nya terhibur hati aku ni bila melihat karenah serta telatah anak2 bujang ku tu. "Mummy rindu arrrr".. Rindu Daddy jugak. Eeeh. tiba2 rindu plak dan terbayang masakan Daddy yang sedap sesangat tu. Lebih2 lagi "sayur special".. Betul bang.. mmg sedap..
  • To Mr Zulkhairil : "Really!!!, I do really LOVE U, dear)..
  • To ALL Readers  : nak taw.. sedap taw my hubby masak sayur. tak caya korang rasalerrr..
Okayla. Aku nk tunaikan solat Asar plak ni. Pastu bla bla bla. .siap2 terus chow laa.. NAK BALIK arrrrr :-P
So korang2 TUUU pun jgn luper jugak. Meh sama2 kita dirikan SOLAT. Solat tu tiang AGAMA. Allahu Akbar !!!